Hamid Gurkha Dalam Kenangan
Ore Kampong Ore Kampong
14.3K subscribers
1,414 views
0

 Published On Jun 14, 2022

Abdul Hamid Bin Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Hamid Gurkha (22 Ogos 1931 – 14 Jun 2022) merupakan seorang legenda pelawak, pelakon yang sangat dihormati dan dikagumi di Malaysia .

Beliau mula dikenali melalui filem Panglima Badol pada 1978 dan pernah membawa pulang trofi Artis Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ketiga pada tahun 1982.

Ketika negara masih lagi di bawah penjajah British, Pak Hamid pernah menyertai pasukan tentera selama tujuh tahun (1950-1957) .
Semasa Peristiwa Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 juga iaitu balai polis Bukit Kepong diserang oleh 180 penganas komunis, hati beliau melonjak untuk menghulurkan bantuan, tetapi segala perhubungan telah dipotong oleh komunis.

Pada era 80-an, filem Sikit Punya Gila (1982), Ragam Pemandu (1986), dan Main-main Hantu (1990) memberi impak besar kerana filem itu memperkenalkan nama beliau kepada masyarakat.

Pada 14 Jun 2022, beliau menghembuskan nafas terakhir di usia 90 tahun akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, sekitar jam 2.19 petang.

Untuk sebarang penambahan maklumat sekiranya ada kesilapan, mohon maklumkan dan kongsikan bersama di ruangan komen. Terima kasih.

show more

Share/Embed