Kuswadinata Dalam Kenangan
Ore Kampong Ore Kampong
14.3K subscribers
2,747 views
0

 Published On May 21, 2022

Kuswadi bin Bujang atau lebih dikenali sebagai Kuswadinata (8 Sep 1938 – 16 Feb 2013) merupakan pelakon kelahiran Singapura. Beliau yang mesra dengan panggilan Pak Kus memulakan kerjaya filem profesional pada 1958. Antara filem-filem terkenal beliau ialah Antara Dua Darjat (1960), Seniman Bujang Lapok (1961), Batu Durhaka (1962), Detik 12 Malam (1979) dan Sikit Punya Gila (1982).

Nama Kuswadinata itu hasil daripada gabungan nama salah seorang bapa saudaranya iaitu Nata yang berasal dari Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia seperti ibunya. Sementara bapanya adalah dari Rembau, Negeri Sembilan.

Memulakan kerjaya sebagai pelakon di Malay Film Productions, Jalan Ampas selepas menghadiri uji bakat oleh pengarah Datuk L. Krishnan dan Datuk Mahmud Jun pada 1958.

Beliau juga berlakon dalam filem Indera Bangsawan bersama Jins Shamsuddin, Sarimah dan Haji Mahadi. Watak lakonan beliau yang paling diingati ialah sebagai suami beristeri dua dalam filem Seniman Bujang Lapok arahan Tan Sri P. Ramlee pada 1961.

Selain berlakon dalam filem tempatan, beliau turut berlakon dalam filem antarabangsa seperti Little Adventure, Pretty Girls dan Beyond Rangoon.
Ketika berlangsungnya Festival Filem Malaysia ke-2 pada 1981, beliau telah dicalonkan untuk merebut anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi watak pendekar purbakala bernama Indra dalam filem Serampang Tiga; namun beliau tewas kepada lakonan hebat Rahim Razali dalam Abang.

Pak Kus juga berlakon dalam beberapa lagi filem KLU (1999), Kaki Bakar (1995), Tarik-Tarik (1993), Sikit Punya Gila, Jejak Bertapak (1980an), Kacha Permata, Aku Mahu Hidup (1970) dan Jalang (2009).

Pada 16 Februari 2013 beliau meninggal dunia di Hospital Ampang akibat masalah buah pinggang dan kanser usus. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan selepas Zohor pada hari Ahad 17 Februari 2013.


Untuk sebarang penambahan maklumat sekiranya ada kesilapan, mohon maklumkan dan kongsikan bersama di ruangan komen. Terima kasih.

show more

Share/Embed