Yahya Sulong Dalam Kenangan
Ore Kampong Ore Kampong
14.3K subscribers
799 views
0

 Published On May 25, 2022

Datuk Yahya Sulong (1928 – 6 Februari 2013) juga dikenali sebagai Pak Ya merupakan seorang pelakon dan pelawak di Malaysia.

dan mempunyai 11 orang anak, enam cucu dan dua cicit itu kini kekal dengan isteri tercinta Datin Alisah Ali.

Selain menjadi anak seni, dia pernah bertugas sebagai anggota keselamatan selepas pentas bangsawan ditutup pada 1948. Untuk meneruskan sumber rezeki, dia menyertai pasukan polis dan bertugas di bahagian skuad hutan. Pak Ya bertugas pada zaman komunis di Balai Polis Ipoh, Perak.

Pernah bersama kumpulan 4 Serama dan pernah menghasilkan album berjudul Rencah Ketawa Asam Pedas bersama Mek Habsah dan Osman Kering.

Lain-lain album yang dihasilkan Pak Ya ialah Oh Fatimah dan Apa Dah Jadi.
Sepanjang pembabitannya dalam bidang seni, beliau telah membintangi 11 filem dan beberapa buah drama. Filem terawal beliau ialah Abu Nawas pada tahun 1961. Filem terakhir (ke-11) filem Senario The Movie pada tahun 1999. Beliau juga pernah menerima pingat Jasa Kebaktian (PJK) daripada Gabenor Pulau Pinang

Setelah menderita mengalami penyakit asma serta jantung, Beliau telah meninggal dunia pada jam 6.45 petang Rabu, 6 Februari 2013 di Hospital Kuala Lumpur. Beliau meninggalkan balunya, Alisah Ali pada usia 85 tahun.

Untuk sebarang penambahan maklumat sekiranya ada kesilapan, mohon maklumkan dan kongsikan bersama di ruangan komen. Terima kasih.

show more

Share/Embed