Saleem Iklim Dalam Kenangan
Ore Kampong Ore Kampong
14.3K subscribers
651 views
0

 Published On May 20, 2022

Allahyarham A. M. Salim Abdul Majeed atau Saleem Iklim (lahir 31 Ogos 1961 – meninggal 14 Oktober 2018) pada umur 57 tahun) ialah seorang penyanyi Malaysia yang berasal dari Terengganu. Pada asalnya beliau ialah seorang penyanyi sensasi Iklim yang terkenal dalam dekad 90-an. Beliau merupakan bekas anak didik penggubah terkenal, Wan Zul. Lagu nyanyian beliau ciptaan Wan Zul dan M. Nasir telah meletakkan dirinya sebagai salah seorang artis tanah air yang terkenal dan diminati ramai sebaris dengan artis-artis popular yang lain pada masa itu seperti Jamal Abdillah, Ekamatra dan Wings. Pada awal dan pertengahan dekad 90-an, Saleem dan Iklim telah berjaya menempa nama di luar negara seperti Indonesia, Singapura, Brunei, selatan Thailand, dan Kepulauan Cocos di Australia.

Saleem telah dilahirkan pada 31 Ogos 1961 di Permaisuri, Setiu, Terengganu. Beliau berdarah kacukan India Muslim dan Melayu sebelah ibu. Sebelum menceburkan diri ke dalam bidang nyanyian, beliau bercita-cita untuk menjadi seorang nelayan yang berjaya. Walau bagaimanapun, cita-cita tersebut tidak tercapai. Sebaliknya, beliau mencipta nama dan Berjaya dalam bidang nyanyian.

Pada 1984, Saleem melantik beberapa orang rakan dan anak muda kampungnya bagi menubuhkan sebuah kumpulan nyanyian berkonsepkan rock dan beliau sendiri sebagai penyanyi utama.

Sepanjang menjadi anak seni, pelbagai hitam putih kehidupan yang dilalui, namun Saleem memang kental dan tetap megah dalam bidang seni nyanyian dan populariti beliau tidak terhakis di tengah-tengah kemunculan puluhan penyanyi muda yang mempunyai rupa, harta, bakat dan berpotensi besar seperti kumpulan KRU, Slam dan Siti Nurhaliza serta ratusan lagi bakat baru. Menakjubkan, persaingan ini tidak sedikitpun melenyapkan namanya sebagai insan seni yang terunggul di tanahair.

Pada 28 Sept 2018 Saleem dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat kemalangan motosikal. Beliau mengalami kecederaan pada bahagian tulang rusuk yang menyebabkan beliau koma. Akhirnya 14 Oktober 2018, beliau telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 6:15 pagi. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 10, Cheras, Kuala Lumpur selepas solat Zohor.

Untuk sebarang penambahan maklumat sekiranya ada kesilapan, mohon maklumkan dan kongsikan bersama di ruangan komen. Terima kasih.

show more

Share/Embed