Zaibo Dalam Kenangan
Ore Kampong Ore Kampong
14.3K subscribers
2,059 views
0

 Published On May 20, 2022

Zainal Ariffin Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Zaibo (19 Disember 1956 – 14 November 2018) adalah seorang pelakon, pelawak, dan penari Malaysia, berasal dari Padang Besar, Perlis.

Mula dikenali dengan lakonannya dalam beberapa sitkom dan drama terbitan Malaysia dan Singapura. Pada 1984, Zaibo mendapat pendidikan ijazah dalam bidang Seni Persembahan dari Universiti Sains Malaysia (USM). Juga merupakan salah seorang pelakon drama siri tarian Tari Tirana di TV3, memegang watak Haji Mohsen.

Sepanjang kerjayanya, Zaibo turut berlakon dalam beberapa filem dan juga pernah meminjamkan suaranya untuk watak Tok Din dan Mustafa dalam siri animasi Kampung Boy karya Lat. Beliau juga turut menjadi pengkritik tetap musim ketiga Raja Lawak. Wataknya sebagai Pak Selamat dalam Spanar Jaya pula (1999 – 2005) cukup diingati sehingga kini.

Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama Siti Hawa Syawal pada 3 Disember 2010, dan memiliki sembilan anak tiri. Hubungan mereka sebagai sahabat yang terjalin selama 15 tahun sebelum kedua-dua mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Sejak November 2018, tahap kesihatan beliau mula terjejas selepas didiangnos menghidap kanser esofagus tahap empat dan lama kelamaan semakin kritikal. Zaibo telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 1:30 petang, Rabu di Rengit, Johor. Allahyarham dimandikan dan disolatkan di rumah beliau dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Rengit, Batu Pahat selepas solat Isyak.

Untuk sebarang penambahan maklumat sekiranya ada kesilapan, mohon maklumkan dan kongsikan bersama di ruangan komen. Terima kasih.

show more

Share/Embed