Ustaz Kazim Elias Mohon Bantuan Ubati Penyakit Misteri Yang Dialaminya
Ore Kampong Ore Kampong
14.3K subscribers
4,026 views
0

 Published On May 18, 2022

Ustaz Kazim dalam satu muat naik di laman media sosial Facebooknya mendedahkan gambar sebelah tangan dan wajahnya ditumbuhi beberapa ketulan kecil berwarna hitam yang tumbuh di seluruh badannya sejak 8 bulan yang lalu.

"Selama ini saya simpan keadaan diri saya tetapi selepas berusaha mendapatkan rawatan moden dan tradisional selama lapan bulan, saya rasa tidak boleh lagi sembunyikan daripada orang ramai.

'Ini keadaan wajah saya sekarang dan selama ini saya sembunyikan melalui tampalan apabila muncul di khalayak ramai, bukan hanya di wajah tetapi di seluruh badan dan ia boleh terjadi luka sendiri sehingga mengeluarkan darah tanpa semena-mena.

"Saya tidak boleh siarkan keadaan yang lain kerana saya malu dan rendah diri sangat-sangat, sebab itu saya siarkan lengan sebagai kiasan pada badan saya," katanya pada Rabu.

Tambahnya lagi, menceritakan beliau memerlukan bantuan sesiapa sahaja termasuk doktor atau perubatan alternatif untuk merawat penyakit dialaminya itu.Katanya juga, rasa sakit, gatal dan pedih serta pelbagai perasaan yang terjadi kepada dirinya itu tidak boleh dipendam lagi kerana tidurnya turut terganggu sejak berbulan lepas.

Beliau bimbang penyakitnya itu akan membuatkan beliau mengundurkan diri daripada berdakwah walaupun masih menerima jemputan ceramah dan program.

"Kadang-kadang saya masuk dan keluar dari tempat ceramah dengan tergesa-gesa kerana tidak dapat menahan kepedihan dan kesakitan yang ditanggung. Walaupun dilabel sombong kerana tidak beramah mesra dengan pendengar seperti dulu, saya tabahkan hati sebab saya tahu ramai tidak tahu keadaan sebenar saya.

"Terima kasih kerana menawarkan bantuan dan nasihat kepada saya, saya telah berusaha berubat di banyak tempat tetapi belum diberi keizinan oleh Allah SWT. Mungkin ada dalam kalangan tuan dan puan yang boleh membantu saya.

"Saya juga memohon maaf jika selama ini perkataan dan tingkah laku saya mengguris hati anda," katanya.

Untuk sebarang penambahan maklumat sekiranya ada kesilapan, mohon maklumkan dan kongsikan bersama di ruangan komen. Terima kasih.

show more

Share/Embed