Din Beramboi Dalam Kenangan
Ore Kampong Ore Kampong
14.3K subscribers
1,216 views
0

 Published On May 19, 2022

Mior Ahmad Fuad dilahirkan di Sungai Besi, Kuala Lumpur pada hari Khamis, 22 Disember 1966 mula dikenali umum “Din Beramboi" sebagai timangan bagi seorang watak cereka ciptaan kartunis Ibrahim Anon @ Ujang sekitar awal 1990-an. Tetapi sebelum itu, jolokan Din Beramboi sudah digunakan sebagai 'pengacara' rekaan berloghat Negeri Sembilan, yang nama penuhnya "Din Beramboi Alai Berjanggut", dalam siri kaset wawancara komedi rakaman Meor Ahmad Fuad sendiri yang terkenal di kalangan mahasiswa institut pengajian tinggi di Malaysia.

Pada 5 Januari 2009, bermulanya Din Beramboi bergandingan dengan Aznil Hj Nawawi sebagai pasangan juruhebah mengemudi slot Riuh Pagi di Era FM, sebagai satu langkah penstrukturan semula stesen radio berkenaan yang berhadapan dengan kemerosotan jumlah pendengar kepada pesaing terdekatnya, Hot FM.

Dia juga mempunyai program bual bicaranya sendiri, Wuhai Beramboi disiarkan di saluran Astro Warna. Disamping diberi kepercayaan dengan program tetap, beliau juga terlibat dengan banyak undangan sebagai artis undangan seperti program Nabil: Lu Fikirlah Sendiri, Macam-Macam Aznil, Jangan Lupa Lirik dan lain-lain. Di samping beberapa watak tambahan dalam filem dan drama tempatan suaranya juga biasa kedengaran sebagai suara latar iklan, rencana TV mahupun sebagai pengacara majlis. Pembabitan beliau sebagai salah seorang juri dan tenaga pengajar Raja Lawak 4 di samping Afdlin Shauki dan Bob Lokman merupakan kemuncak populariti beliau dalam Industri Seni Tanahair.

Pada 30 Mac 2010, negara digemparkan dengan berita Din Beramboi dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang, lalu dibius hingga tidak sedar diri. Laporan awal mengatakan beliau menghidap "penyakit kencing tikus", tetapi sehari berikutnya, Din disahkan dihidapi sindrom kejutan denggi dan berada dalam keadaan kritikal sehingga hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi.

Pada 2 April 2010, 12.30 tengah malam, Din Beramboi menghembuskan nafas terakhirnya. Jenazah allahyarham dikebumikan pada 10.40 pagi, sepuluh jam selepas menghembuskan nafas akhir, di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan, Kepong.

Untuk sebarang penambahan maklumat sekiranya ada kesilapan, mohon maklumkan dan kongsikan bersama di ruangan komen. Terima kasih.

show more

Share/Embed