Ary Malik Dalam Kenangan
Ore Kampong Ore Kampong
14.3K subscribers
4,509 views
0

 Published On May 19, 2022

Nurita Maliha Aryanee Abdul Malik (16 Oktober 1971–28 Februari 2017) merupakan seorang bekas pengacara TV dan pelakon wanita Malaysia, dan merupakan kakak kepada penyanyi, Min Malik. Sepanjang kerjaya hiburannya selama dua dekad, Ary terkenal sebagai VJ di MTV dan menjadi salah seorang peserta MasterChef Malaysia musim pertama. Beliau meninggal dunia pada 28 Februari 2017 selepas setahun bertarung dengan kanser ovari.

Ary Malik dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Bapanya merupakan seorang pesara tentera. Adiknya, Yasmin Malik atau lebih terkenal sebagai Min Malik ialah penyanyi terkenal era 90-an, Min popular menerusi lagu "Flora Cinta.

Ary juga telah menjayakan beberapa iklan TV termasuk Coca-Cola, Maxwell House, Lipton Tea, Colgate, Pantene dan juga Peter Stuyvesant Travel. Beliau membuat penampilan terakhirnya di televisyen sebelum meninggal dunia menerusi telfilem Menanti Awan yang dibintangi oleh Fizz Fairuz, Amerul Affendi dan Ruhainies Farehah.

Pada Mei 2016, Ary mula dikesan menghidap penyakit kanser ovari dan menjalani pembedahan di Hospital Tunku Mizan, Wangsa Maju. Beliau kemudiannya menjalani kemoterapi dan sebelum dirujuk ke Hospital Ampang pada 18 Februari 2017 dan kanser ovarinya telah mencapai tahap empat. Beliau turut dikesan menghidap tumor dipercayai merebak ke kepalanya.

Pada 28 Februari 2017, TAry disahkan meninggal dunia pada jam 7:17 malam di Hospital Ampang akibat kanser ovari tahap empat. Jenazah beliau dimandi dan disembahyangkan di Masjid Kem Wardieburn, Setapak pada jam 8.30 malam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Ibukota pada jam 12.40 pagi 1 Mac 2017.

Untuk sebarang penambahan maklumat sekiranya ada kesilapan, mohon maklumkan dan kongsikan bersama di ruangan komen. Terima kasih.

show more

Share/Embed