Noreen Noor Dalam Kenangan
Ore Kampong Ore Kampong
14.3K subscribers
4,392 views
0

 Published On May 18, 2022

Noreen Noor atau nama sebenar, Noraini Mohamad Noor, merupakan salah seorang penyanyi serta pelakon yang dilahirkan di Singapura sekitar 1970an hingga tahun 1980-an. Beliau juga pernah memenangi satu pertandingan nyanyian ketika berusia lima tahun dan ketika berkhidmat dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Beliau telah mengeluarkan album pertama yang bertajuk Kepastian bersama syarikat rakaman Columbia Broadcast System (CBS) yang juga langkah pertamanya dalam bidang seni. Antara album yang dikeluarkan selepas itu ialah Dariku Untukmu, Air Mata dan Sunyi. Lagu-lagu beliau juga seringkali dimainkan di radio seperti lagu "Siang Terbayang Malam Merindu".

Selain daripada bernyanyi, beliau juga pernah menceburi bidang perfileman. Lakonan pertamanya adalah dalam filem Talak pada tahun 1984. Antara filem lain yang dibintangi beliau adalah seperti Hantu Siang (1986), Wira Angkasa (1987) dan Pelumba Malam (1989).

Noraini Mohamad Noor memiliki hubungan keluarga dan merupakan dua pupu kepada Datuk Khadijah Ibrahim atau Khaty dari sebelah ibu.
Noreen turut berlakon dalam filem Raya Tak Jadi (2011) arahan Prof Madya A Razak Mohaideen.

Noraini pernah berkahwin dengan (Dato K) Tengku Kamaruzzaman Ibni Sultan Abu Bakar, Baharuddin Ngah dan Datuk Mokhtar Ahmad meninggalkan dua anak, Danial Baharuddin, 22, dan Diyana Tihani, 11 (anak angkat).

Pada 22 Oktober 2013, jam 5.50 pagi, Noraini Mohamad Noor telah meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri, Selangor akibat komplikasi buah pinggang dan jantung. Jenazahnya dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Pulai, Serkam Pantai, Melaka selepas solat Zohor.

Untuk sebarang penambahan maklumat sekiranya ada kesilapan, mohon maklumkan dan kongsikan bersama di ruangan komen. Terima kasih.

show more

Share/Embed