Along SPOON Dalam Kenangan
Ore Kampong Ore Kampong
14.3K subscribers
1,272 views
0

 Published On May 18, 2022

Sabi'ul Malik Shafie atau lebih dikenali sebagai Along (22 April 1980 - 26 Disember 1999) ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau terkenal sebagai penyanyi kumpulan pop rock Malaysia, Spoon dan meraih kejayaan dalam tempoh yang singkat dalam kerjaya muziknya. Pada 1999, beliau meninggal dunia ketika namanya meniti puncak populariti.

Beliau yang ketika itu berusia 19 tahun, telah ditemui mati di dalam sebuah guni di sebuah gaung, bertempat di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu pada 6 Januari 2000 ketika umat Islam sedang meraikan hari Raya Aidilfitri. Sebelum itu, Along dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999, Along dipercayai telah dibunuh pada 26 Disember 1999 jam 1 pagi di sebuah tempat lain sebelum mayatnya dibuang di dalam gaung tersebut.

Ibu dan bapa Along, bagaimanapun enggan menerima keputusan DNA yang mengesahkan mayat tersebut sebagai Along, dan masih berharap Along akan ditemui semula dalam keadaan hidup. Namun setelah 5 tahun kemudian ibu bapa nya telah menerima kenyataan.

Pada 19 Januari 2000, seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal, Mohamed Ya’cob Demyati dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dihadapkan ke mahkamah Majistret Seremban atas tuduhan membunuh Along.

Mohamed Ya’cob kemudiannya pada 10 April 2002 didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi terhadap tuduhan membunuh Along dengan sengaja pada pukul 1 pagi, 26 Disember 1999. Pada 2 November 2010 Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap Mohamed Ya’cob.

Untuk sebarang penambahan maklumat sekiranya ada kesilapan, mohon maklumkan dan kongsikan bersama di ruangan komen. Terima kasih.

show more

Share/Embed