Daging Masak Hitam | Daging Kenduri | Daging Masak HItam Special
Kak Yan Kak Yan
136K subscribers
424,302 views
6.1K

 Published On Sep 6, 2021

Assalammualaikum dan Hi semua....

Daging masak hitam memang popular sebagai salah satu lauk kenduri. Malah ia juga selalu dihidangkan semasa hari raya.

Ada pelbagai cara dan resepi untuk masak daging masak hitam ini. Kali ini Kak Yan kongsi resepi yang paling senang. Tidak perlu banyak bahan-bahannya. Cuma ada bahan penyedap yang menjadikan daging masak hitam ini sangat istimewa.
Jom tengok..apakah banan tersebut.....

Resepi

Daging Masak Hitam

Bahan-bahannya:

1 kg daging
6 sudu besar cili boh
2 cawan kicap lemak manis
2 sudu besar kicap pekat
3 biji bawang merah (digoreng)
3 sudu besar kismis hitam
1 cawan air asam
2 sudu besar gula perang
Minyak
Garam

Bahan Tumis
1 kulit kayu manis
3 bunga lawang
5 buah pelage
4 bunga cengkih

Bahan Kisar
1 biji bawang
5 ulas bawang putih

Selamat Mencuba!

Teruskan tengok video ini sampai habis dan jangan lupa subscribe.
Jangan lupa juga untuk follow Kak Yan di platforms berikut:

Instagram:  / ​​  
Facebook:  / ​​  
Blogspot: https://azianhasan.com/

show more

Share/Embed