Lontong| Kuah Lodeh|Resepi Lontong|Rahsia Lontong Sedap
Kak Yan Kak Yan
132K subscribers
406,212 views
0

 Published On May 10, 2021

Assalammualaikum dan salam semua,

Lontong ataupun kadang-kadang dipanggil kuah lodeh memang antara satu juadah yang selalu dihidangkan semasa hari raya. Ia adalah salah satu juadah istimewa di hari raya. dijodohkan dengan kuah kacang dan sambal sotong ,lagilah menjadikan lontong ini super istimewa. Pada hari-hari biasa pun, lontong selalu dijadikan sebagai menu untuk sarapan pagi.

Resepi lontong yang Kak Yan kongsikan kali ini memang menepati selera Kak Yan. Cukrp rasa rempah dan lemaknya. Sudah lama Kak Yan mencuba pelbagai resepi. Yang inilah yang paling Kak Yan puas hati.

Boleh cuba ikut resepi di bawah. Namum kuantiti bahan boleh ikut suka ye.

Resepi

Lontong

1 biji lobak merah
1/4 biji kobis
1 keping fucuk
1/2 biji sengkuang
3 bungkus tenpe
3 tauhu
6 tangkai kacang panjang
6-7 helai daun salam
10 ekor udang
2 batang serai
3 sudu besar minyak
2 sudu besar cili kering kisar
2 keping asam keping
500g santan sederhana pekat
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Rempah
3 biji bawang merah besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
150g udang kering

Selamat Mencuba!


Teruskan tengok video ini sampai habis dan jangan lupa subscribe.
Jangan lupa juga untuk follow Kak Yan di platforms berikut:

Instagram:  / ​​  
Facebook:  / ​​  
Blogspot: https://azianhasan.com/​

show more

Share/Embed