DENDENG DAGING PERAK - Warisan Tradisi Kekal di Hati, Sedap Tak Terperi Sungguh Enak Dinikmati!
Masak Biasa-Biasa Masak Biasa-Biasa
2K subscribers
99,628 views
0

 Published On Jun 5, 2021

DENDENG DAGING PERAK

Alhamdulillah, kali ini dapat saya berkongsi resepi Masakan Melayu tradisional yang berasal dari negeri Perak di Semenanjung Malaysia.

Bahan-bahan:

• Daging - 1 kilogram
• Bawang besar - 3 biji
• Bawang merah - 6 biji
• Bawang putih - 4 ulas
• Cili kering (direndam) - 150 gram
• Kicap pekat masin - secukupnya
• Gula merah - secukupnya (cadangan 2-3 sudu besar)
• Asam Jawa - 3 sudu besar (kemudian dibancuh dengan air)
• Serai - 2 batang
• Halia - 2 inci
• Jintan manis - 1 sudu kecil
• Garam - secukupnya

Cara menyediakannya:

• Potong daging kepada 3 bahagian dan rebus daging tersebut selama 30 minit.
• Cili kering dipotong dan rendam dengan air panas.
• Hiris kesemua bawang (bawang besar, bawang merah dan bawang putih) dan juga halia.
• Daging yang telah sejuk kemudiannya dipotong menjadi kepingan.
• Titik (tumbuk) kepingan daging tersebu dan gaulkan daging dengan kicap pekat masin.
• Perapkan daging yang digaul dengan kicap pekat masin selama 30 minit
• Seterusnya, goreng kesemua bawang dan halia yang telah dihiris, diikuti oleh cili kering dengan
menggunakan minyak yang sama. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar dan kisar hingga
sebati.
• Kemudian, goreng perapan daging tadi dengan menggunakan minyak yang sama (menggoreng
bawang, halia dan cili kering).
• Pastikan perapan daging bersama kicap pekat masin digoreng sekejap sahaja supaya ‘kicap
terkunci’ (terperangkap dan sebati) di dalam daging.
• Tumis campuran bahan-bahan kisar (bawang, halia dan cili kering) bersama lebihan minyak
gorengan perapan daging tadi.
• Masukkan bancuhan air asam Jawa, gula merah, garam, jintan manis, serai, dan daging.
• Gaul kesemuanya hingga rata dan sekata sehingga semua ramuan bersatu dan memekat.
• Padamkan api apabila dendeng daging sudah siap dimasak.

Dendeng daging...rasanya lembut, halus dan berserat…
... dagingnya cair di dalam mulut!

SELAMAT MENCUBA!

MULAKAN DARI BIASA-BIASA UNTUK MENJADI LUAR BIASA!

Semoga dengan perkongsian ini dapat memanfaatkan kita semua, insyaAllah.

show more

Share/Embed