Ini Cara Mak Mertua Masak Rendang Tok Versi Original Orang Perak
Resepi Eny Abdullah Resepi Eny Abdullah
25.4K subscribers
111,946 views
0

 Published On Aug 8, 2020

Resepi bertulis dan penuh di blog saya
https://www.enyabdullah.com/2020/06/r...

RESEPI RENDANG TOK NEGERI PERAK

Bahan-bahan untuk 1.5kg daging

1.5 kg daging dihiris ketulan besar

1 mangkuk bawang merah dihiris nipis

3/4 mangkuk bawang putih dihiris nipis

3/4 mangkuk halia dihiris nipis

1 senduk nasi serbuk cili dari cili kering yang dijemur dan dan disangai atau panggang dalam oven sampai garing (jangan hangus) - buat sendiri ya kalau guna yang siap kisar baunya tak sedap. boleh lebihkan jika nak pedas

1 senduk nasi ketumbar (jenis halus) disangai dan di kisar kering

1.5 kg santan atau cukupkan 2 kg jika nak lebih berminyak kuahnya

Daun kunyit dicarik kasar (jangan potong halus)

1 senduk nasi kerisik

1 ketul gula kabung ( ikut nak manis macam mana)

1 sudu kecil belacan

Garam Gula secukup rasa


Bahan kisar dengan air dan ditapis dan perah. Ambil hampas sahaja.

3/4 mangkuk serai dipotong

3/4 mangkuk lengkuas


Cara masak :

Dalam kuali asing, panaskan daging sekejap untuk keluarkan air daging. Dah nampak keluar air, asingkan air. Air daging tu boleh simpan buat stok masakan ya.


Dalam kuali lain, masukkan santan panaskan. Kalau santan jenis cair beriair boleh masak sekejap bagi santan tu pekat


Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan bahan kisar


Masukkan serbuk cili dan ketumbar


Masukkan daging yang dibuang airnya tadi


Biar mendidih dan mereneh hingga daging empuk. Santan tu kalau kering dan daging belum empuk boleh tambah santan. Tambah santan saja jangan tambah air!


Agak dah daging empuk boleh masukkan  belacan, gula kabung, daun kunyit dan kerisik. Tambah garam dan gula jika perlu.


Sambung masak sambil kacau sehingga rendang betul kering dan berserbuk

Mangkuk saiz jenis yang selalu kita letak lauk tu.

show more

Share/Embed