Masak Ayam Percik di Rumah Lebih 100 Tahun! | Resepi Tok Kelantan
DESTINASI TV DESTINASI TV
681K subscribers
62,229 views
0

 Published On Aug 23, 2023

Ayam percik di Kelantan ada dua jenis. Ada yang berwarna putih, ada yang berwarna merah. Warna merah itu datangnya daripada warna cili kering. Bagi yang suka rasa pedas boleh tambah cili kering dan kuah percik akan bertukar lebih merah.

Resepi Ayam Percik yang Richard belajar daripada En Arif ini sesuai untuk semua peringkat. Cukup rasa manis dan pedasnya.

Jika anda ingin merasai kelazatan Ayam Percik ini, sambil melawat Rumah Tiang 12, anda boleh dapatkan melalui maklumat yang tertera seperti di bawah.

🏠 Rumah Tiang 12 (Sri Getam Guri)
📍 Lot 5472-M, Jalan Dusun Muda, Bandar Kota Bharu,
15200 Kota Bharu, Kelantan
📞 011-1338 8408

Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.

Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.

Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.

show more

Share/Embed