BATANG Pisang Masak Gulai? Boleh Makan Ke? Sedap Ke? | Resepi Tok Kedah
DESTINASI TV DESTINASI TV
682K subscribers
457,363 views
0

 Published On Mar 4, 2022

Selepas Pulau Pinang, Langkawi & Perlis, pengembaraan siri Resepi Tok diteruskan ke negeri terbesar di utara Malaysia, negeri Kedah!

Dalam episod pertama siri Resepi Tok Kedah, Fendi ke Pokok Sena untuk mempelajari resipi dan sejarah di sebalik hidangan wajib kenduri ini. Fendi bertemu Abang Zul untuk mengetahui bagaimana batang ataupun umbut pisang diperoleh dan ciri-ciri yang perlu diketahui untuk mendapatkan batang pisang yang baik.

Fendi bertemu juga dengan Mak Anjang (Pn. Nur Juridah) mempelajari proses masak Gulai Batang Pisang cara orang lama di kampung ini. Uniknya gulai ini, tidak seperti gulai-gulai lain menggunakan serai, lengkuas dan kerisik. Sedapkah rasa hidangan ini? Kenalah tonton sehingga habis untuk tahu.

Tonton Siri Resepi Tok di bawah:-
Resepi Tok Pulau Pinang :    • Resepi Tok Pulau Pinang  
Resepi Tok Ramadan :    • Resepi Tok Ramadhan  
Resepi Tok Langkawi :    • Resepi Tok Langkawi  
Resepi Tok Perlis :    • Resepi Tok Perlis  

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.

Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.

Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.

show more

Share/Embed