Akok Kedut Lembut & Sedap - Kuih Kegemaran Rakyat KELANTAN | Resepi Tok Kelantan
DESTINASI TV DESTINASI TV
690K subscribers
88,243 views
869

 Published On Aug 18, 2023

Tempah Penginapan bersama H Elite Design Hotel » https://helitedesignhotel.com/

Kuih akok merupakan kuih yang sangat popular di negeri Kelantan. Teksturnya yang lembut, gebu dan rasa manis membuatkan ramai orang ketagih. Akok diperbuat daripada adunan telur, santan, tepung gula dan garam.

Yang menariknya Akok Sohor ini masih mengekalkan cara pembuatan tradisional dengan menggunakan sabut kelapa sebagai bahan bakar untuk memasak kuih akok ini.Dalam episod kali ini Richard berjumpa dengan Kak Nini untuk belajar buat akok.

Jika anda ingin merasai keenakan Akok Sohor ini, boleh dapatkan melalui maklumat yang tertera seperti di bawah.

📍 Lokasi » Kedai Akok Sohor, Jalan Wakaf Bharu - Palekbang, Kampung Semat Jal, 16210 Wakaf Bharu, Kelantan

☎️ Nombor Telefon » 014-536 2116

Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.

Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.

Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.

show more

Share/Embed