Bubur Lambuk Mudah dan Lazat | Ala Kampung Baru
kekwa kembang kekwa kembang
5.93K subscribers
87,782 views
0

 Published On Mar 20, 2021

Memang mudah..ikut sahaja resepi dan cara disediakan ye..Selamat mencuba 😍
Resepi
2 cawan Beras (sukatan cawan ikea)
200gm daging
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inchi halia
1 sudu besar minyak sapi
100ml minyak masak
100gm rempah sup
2 liter air( ikut kesesuaian)
Rempah 4 sekawan +jintan manis
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk lada putih
200ml santan
2 sudu udang kering ditumbuk
2 biji buah keras ditumbuk
daun pandan
sayuran- lobak merah &putik jagung (bole ganti mengikut citarasa)
Garam dan gula secukup rasa
bawang goreng
daun sup & daun bawang

Tips:
Untuk menghasilkan struktur bubur yang cantik dan enak..bubur hendaklah sentiasa dikacau. Ianya juga dapat mengelakkan bubur hangit pada bahagian dasar.

#buburlambuk #buburlambukmudah #buburlambukkampungbaru

show more

Share/Embed