Sedapnya.. Tauhu Telur Masak Sayur Campur.
Che Nom Che Nom
2.17M subscribers
773,704 views
0

 Published On Feb 3, 2023

Kali ni Che Nom nak masak hidangan yang cukup simple, tapi menarik sangat cara nak sediakannya iaitu tauhu telur masak sup sayur pekat Chinese style. Che Nom olah sedikit biar kena dengan selera sendiri. Bahan utama, tauhu telur yang lembut dan creamy.

Kita goreng dulu tauhu sampai garing di luar kemudian masuk ke dalam kuah pekat dan ada tali-tali halus hasil dari telur yang kita masak bersama kuah. Ada petua nak hasilkan tali-tali telur dengan mudah.

Secara keseluruhannya hidangan ni sangat lah seimbang dengan protein, serat dan vitamin dari sayur. Cendawan pon untuk tambah rasa umami jadikan lebih sedap.

//Bahasa Melayu
--------------------------
Bahan-bahan:
2 bungkus tauhu telur
1-2 sb tepung jagung
1/4 cwn air
1 biji telur
2 sb air
Tepung jagung (salutan tauhu)
3 sb minyak masak
4 ulas bawang putih
Daun bawang
2 sb sos tiram
Lobak merah
3 cawan air
Cendawan shitake
ATAU cendawan shimeji
1-2 sk serbuk lada hitam/putih
Air tepung jagung
1/2 kiub pati ayam
Garam secukup rasa
Brokoli
3 tangkai cili padi
1 cili merah

//English
--------------------------
Ingredients:
2 packs egg tofu
1-2 tbsp corn flour
1/4 cup water
1 egg
2 tbsp water
Corn flour (for coating)
3 tbsp cooking oil
4 cloves garlic
Green onion
2 tbsp oyster sauce
Carrot
3 cups water
Shiitake mushrooms
OR Shimeji mushrooms
1-2 tsp black/white pepper powder
Corn flour mixture
1/2 chicken stock cube
Salt to taste
Broccoli
3 bird's eye chillies
1 red chillies



Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook
Jenama Pisau: https://chenom.my/pisau-yang-che-nom-...
Model Blender: https://chenom.my/blender-yang-che-no...

#resepichenom

show more

Share/Embed