Resepi Asli Sambal Goreng Pengantin yang sangat sedap dan istimewa.
Uchi World Uchi World
12.2K subscribers
56,457 views
702

 Published On May 18, 2020

Uchi teringat iklan Celcom. yang nenek dia suh suh cucu-cucu balik raya nak buat sambal goreng pengantinn. Kelakar peristiwa cucu-cucu beli bahan tu.
So uchi pun research resepi and share. Rasa memang sedap . meletopss!
Sambal goreng pengantin merupakan hidangan istimewa yang berasal dari Singapura. Ia juga popular di Johor di kalangan masyarakat Orang Jawa.
Ia biasanya dihidangkan semasa hari raya atau pun majlis kenduri, seperti kenduri kawin.
Nak masak agak renyah, (nak kena rebus , hiris dan goreng setiap bahan utama) tapi berbaloi, sebab sedap sangat rasanya.
Jom tengok bahan-bahan:

Bahan utama
Daging
Paru
hati lembu
Bahan-bahan utama ni terpulang kuantiti dan jenis bahan . Ada yg suka letak tetel, hati ayam, pedal ayam dan sebagainya. Terpulang ikut selera. Kuantiti pun tak kisah tak ada sukatan.
Bahan-bahan lain:
Udang
Tahu
tempe
bawang besar
bawang putih
lengkuas - 1 inchi
halia -2 inchi
serai - 1
belacan
cili besar merah dan hijau
kacang panjang
hirisan bawang besar
gula melaka
air asam jawa
daun limau purut / daun salam , terpulang ikut suka
santan
bawang goreng
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Cara memasak ada dalam video.
Rasa dia memang sedap gila lah. berbaloi bersusah payah sediakan, boleh lah sediakan untuk hari raya nanti. selamat mencuba.
Jangan lupa subscribe Uchi World.
Terima kasih.

show more

Share/Embed