Sambal Goreng Pengantin. Jarang Nak Jumpa Resepi Ini.
Kak Yan Kak Yan
136K subscribers
33,950 views
696

 Published On Apr 22, 2024

Assalammualaikum dan hi semua,

Sambal Goreng Pengantin adalah hidangan popular daripada Singapura dan Johor dan selalunya dihidangkan pada musim perkahwinan dan juga majlis keramaian yang lain termasuklah pada Hari Raya. Ini mungkin disebabkan cara memasaknya agak remeh dan mengambil masa yang agak lama, Tetapi di situlah keunikannya – bila perlukan lebih sedikit masa dan banyak prosesnya, pasti ia akan menghasilkan satu hidangan yang sedap.

Sambal Goreng Pengantin ini terdapat pelbagai versi. Kak Yan percaya bahawa apa pun juadah, kita yang buat dia mengikut citarasa sendiri. Setiap resipi tu cuma memberi asas resipi yang asli dan tulin mengikut tradisi orang tua-tua dahulu. Yang penting, rasa aslinya tidak lari walaupun kita ada menambah di sana sini sedikit mengikut citarasa kita masing-masing.

Tiada yang salah atau betul di dalam memasak sesuatu juadah lainlah kalau kita menukarkan sepenuhnya asas resipi tersebut atau memasukkan tambahan yang tidak sesuai langsung dengan resipi itu. Kalau jadi macam tu, moleklah kita beri nama lain kepada resipi itu.

Sambal Goreng Pengantin

Bahan-bahan

500 gram paru
500 gram hati lembu
500 gram daging
500 gram udang
400ml santan
5 sudu besar cili kering kisar
Asam Jawa
Minyak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Hiris
6 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
8 biji cili merah
8 biji cili hijau

Bahan Kisar
15 biji bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
3 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
Belacan (optional)




Sambal Goreng Pengantin is a popular dish from Singapore and Johor, often served during wedding seasons and other festive occasions, including Hari Raya. This might be due to its complex and time-consuming cooking process, but that’s where its uniqueness lies – the more time and effort required, the tastier the dish turns out.

There are various versions of Sambal Goreng Pengantin. I believe that whatever the dish, we prepare it according to our own tastes. Each recipe only provides a foundation based on the original and authentic traditions of the old days. What's important is that the original flavour remains, even if we make some adjustments according to our personal taste preferences.

There’s nothing right or wrong in cooking a particular dish unless we completely change the recipe’s foundation or add ingredients that are entirely inappropriate for it. If that happens, then it would be appropriate to rename the recipe.

Ingredients:

500 grams of beef lung
500 grams of beef liver
500 grams of beef
500 grams of shrimp
400ml coconut milk
5 tablespoons of ground dried chili
Tamarind
Enough oil
Salt and sugar to taste

Sliced Ingredients:
6 red onions
6 cloves of garlic
8 red chili peppers
8 green chili peppers

Blended Ingredients:
15 small shallots
5 cloves of garlic
3 stalks of lemongrass
1 inch of ginger
1 inch of galangal
Belacan (optional)

Nak beli kuali, Klik link disini -http://www.aurasiaglobal.com/

Selamat Mencuba!

Teruskan tengok video ini sampai habis dan jangan lupa subscribe.
Jangan lupa juga untuk follow Kak Yan di platforms berikut:

Instagram:  / ​​  
Facebook:  / ​​  
Blogspot: https://azianhasan.com/

show more

Share/Embed