Kalah Rendang Dengan PESAMAH DAGING Nie ... [ ENGLISH subtitle ]
Cheq Na Cheq Na
56.6K subscribers
3,747 views
0

 Published On Jun 15, 2024

PESAMAH DAGING atau DAGING PESAMAH nie adalah menu yang lejen di sebelah utara semenanjung especially di Kedah, Perlis dan Penang. Menu ni selalu ada masa kenduri dulu-dulu, tapi la ni nak jumpa sekali sekala memang susah. Mungkin disebabkan oleh kenaikan harga barang in general atau harga lembu dah mahal. Tapi apa-apa sekali pun, menu ini tak boleh ditinggalkan sebegitu sahaja. Rasa dia yang sedap dan cara penyediaan dia yang senang menjadikan menu ni lejen sehingga kini ...

Jadi, sempena hari raya haji yang akan menjelma 1-2 hari nanti, Cheq Na nak suggest penonton-penonton Cheq Na untuk mencuba resepi dari utara ni. Tak sedap Cheq Na tak share ... tu tagline Cheq Na

JOM kita tengok bahan-bahan untuk PESAMAH DAGING nie ...

a) Daging lembu dalam 1 kilogram. Kena potong besar-besar bahagian dia
b) 2 camca besar minyak sapi

Untuk menumis
a) Daun kari dalam 3-5 tangkai
b) Halia dalam 2 inci. Kena tengok video baru boleh tau besar mana
c) 3 ulas bawang putih
d) 5 ulas bawang kecil
e) Daun pandan dalam 2 helai
f) Rempah 4 sekawan

Untuk di 'blend'
a) Bawang besar dalam 2 biji
b) Halia dalam 2 inci. Tengok video baru tau
c) 7 biji buah keras
d) 5 ulas bawang putih

Untuk memerap daging
a) 2 camca besar serbuk cili
b) 5 camca besar serbuk kari daging
c) 2 camca besar garam masala
d) 3 camca besar kerisik
e) 1 camca besar serbuk lada hitam

Untuk perasa
a) Garam
b) Gula merah dalam 1½ camca besar
c) 1 cawan santan
d) ½ susu cair
e) Air asam jawa

Untuk hiasan
a) 2 biji cili merah besar
b) Daun kari dalam 3 tangkai

Jadi itu sahaja bahan-bahan untuk masak PESAMAH DAGING nie. Untuk video kali ni, Cheq Na fokus kepada action, camera movements dan cinematic scenes. Jadi, Cheq Na letak bahan-bahan tu dekat belakang sekali sebab from previous experience, tak semua yang tengok video Cheq Na ni akan masak resepi ni. Jadi, untuk mereka yang BETUL-BETUL nak masak akan ke akhir sekali untuk tengok bahan-bahan dia.

Kepada penonton-penonton yang berjaya menonton sehingga ke akhir rancangan, cuba komen sikit format terbaru Cheq Na ni.

Sebelum terlupa, lagu hari raya yang sedap ni, bunyi petikan gitar yang sedap tu, Cheq Na copy dari channel Hendrisaputra present. Jadi terima kasih kepada ‪@Hendrisaputrapresent‬ untuk lagu raya yang sedap. Very talented indeed. Kepada penonton yang inginkan lagu Melayu dengan petikan gitar yang sedap, silalah subscribe channel Hendrisaputra present tu. Ini link untuk lagu raya dalam video Cheq Na ni    • SUASANA HARI RAYA COVER | GUITAR INST...  

Akhir kata sebelum terlambat, Cheq Na nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA dan selamat bercuti

Timestamps
0:00 - Intro
0:33 - Cara memotong dan tips memotong
2:24 - Cara memerap daging lembu (Marinate)
4:43 - Bagaimana memasak Pesamah Daging
9:58 - Hasil masakan Pesamah Daging
10:24 - Bahan-bahan untuk Pesamah Daging


#cheqna
#cheqnastyle
#cheqnaresipi
#malaysia
#pesamahdaging

show more

Share/Embed