Resepi Lamb Stew - Stew Kambing
Nasser's Kitchen Nasser's Kitchen
68.5K subscribers
21,866 views
0

 Published On Premiered Jun 10, 2021

Resepi Lamb Stew lengkap di : https://www.nasserskitchen.com/resepi...

Resepi Lamb Stew atau stew kambing ini sebenarnya agak mudah untuk di sediakan cuma memerlukan masa yang panjang , jadi sesuai untuk hidangan hujung minggi bersama keluarga. Resepi ini menggunakan bahagian bahu atau lamb shoulder yang mudah dibeli dipasaran tempatan dengan harga yang berpatutan.
#lamb #lambstew #kambing









Selamat datang ke Nasser's Kitchen di Getaran. Resepi kali ini ialah Stew Kambing atau lamb stew. Lamb stew sebenarnya agak mudah untuk di sediakan cuma memerlukan masa yang panjang , jadi sesuai untuk hidangan hujung minggi bersama keluarga. Tanpa berlengah lagi, JOM kita ke dapur!

Bahan utama yang kita perlukan 2kg daging kambing. Saya gunakan shoulder chop kerana mudah dibeli dipasar atau pun pasaraya, harganya yang berpatutan dan kerana daging bahu atau shoulder sangat sesuai untuk di masak stew.

Kita juga perlukan 3 biji bawang holland, di potong seperti ini.

8 ulas bawang putih dicincang halus.
3 batang lobak merah. Separuh di potong halus, separuh dipotong kasar.

5 batang saderi atau celery, di potong kecil

5 biji buah tomato, dibelah 4

4 biji kentang, dipotong kecil seperti ini.

Mula-mula kita panaskan sedikit minyak untuk menggoreng daging kambing. Pastikan kuali panas berasap.

Kita cuma mahu garingkan bahagian luar daging sahaja dan bukan untuk masak sepenuhnya. Mengoreng daging dahulu akan meningkatkan perisa kambing.

Masak kedua-dua belah. Bila sudah garing, keluarkan dari kuali dan ulang untuk kesemua kepingan daging kambing.

Setelah digoreng rupanya begini.

Sekarang kita tumis bahan-bahan untuk stew. Panaskan sedikit minyak zaitun dalam periuk. Kalau tak ada minyak zaitun minyak masak biasa pun boleh.

Masukkan bawang holland dan tumis sehingga layu.Tambahkan sedikit garam untuk mempercepatkan bawang masak. Garam akan menarik air keluar dari bawang.

Kemudian masukkan saderi. Diikuti lobak merah yang dipotong kecil.

Ketiga-tiga bahan ini akan menjadi asas kepada stew kambing. Campuran 3 bahan ini bawang, saderi dan lobak merah dikenali sebagai Mire Poix.

Sekarang, masukkan bawang putih cincang.

Bila semua bahan tumisan sudah kelihatan layu dan mula garing, masukkan daging kambing. Dan gaulkan.

Tambahkan 3 liter air. Kira perlukan air yang banyak kerana daging kambing perlu direnihkan untuk masa yang lama untuk lembut. Besarkan api.

Bila sudah mendidih, masukkan 3 kiub pati lembu. Kalau tidak mahu guna kiub pati lembu boleh gantikan dengan 2 sudu besar garam.

Tambah 4 helai daun salam. Jangan lupa keluarkan daun salam sebelum stew dihidangkan.

1 sudu besar herba Rosemary kering. Herba ini pasangan yang baik untuk daging kambing.

3 sudu besar sos lea & Perrins, 5 sudu besar kicap manis

4 sudu kecil garam.

2 sudu besar serbuk lada hitam.

Tutup dan renihkan untuk 1 1/2 jam.

Jika air sudah berkurangan, tambah sedikit lagi air dalam 250ml atau 1 cawan.

Masukkan kentang. Lobak merah. Dan buah tomato.

Renihkan untuk 30 minit lagi supaya kentang dan lobak merah menjadi lembut.

Sementara itu, kita sediakan pemekat untuk stew. Cairkan 50g mentega. Tambah 50g tepung gandum dan masak sehingga kuning dan pekat seperti ini. Campuran tepung dan mentega ini dikenali sebagai roux dan digunakan sebagai bahan pemekat dalam pelbagai masakan barat klasik.

Bila campuran mentega dan tepung sudah pekat dan berwarna kuning pucat, roux telah siap.

Masukkan roux , sedikit demi sedikit dan kacau sehingga larut.

Kacau! Jangan Tak Kacau!

Stew akan menjadi semakin pekat. Tambah lagi roux sehingga tahap kepekatan yang anda mahu. Ikut selera masing-masing. Ada yang suka stew pekat dan ada suka stew cair.

Tambah sedikit daun parsley segar.

Tambah garam secukup rasa. Ada kala tidak perlu, ikut cita rasa masing-masing.

Kalau mahu stew yang lebih gelap boleh tambah 1 sudu besar kicap manis

Dan akhir sekali tambah 1 sudu kecil lada hitam yang baru dikisar.

Renihkan 5 minit lagi dan stew kambing sedia untuk dihidangkan. Hiaskan dengan sedikit daun parsley segar. Hidangan ini boleh dipadankan dengan roti atau pun kentang putar.

Sehingga kita berjumpa lagi di episod akan datang. Selamat mencuba!

show more

Share/Embed