Jom masak GULAI IKAN TEMENUNG KUALA KEDAH yang famous ni!
Jom Masak Jom Masak
57.4K subscribers
64,028 views
0

 Published On Aug 3, 2021

Assalamualaikum wbt ❤️❤️❤️

Haqi ni kita nak masak gulai ikan temenung kola kedah yang sangat terkenal di Kedah versi Kak Jm🤗

Disebabkan pkp pkpd semua kena #StayAtHome ajom kita buat sendiri je gulai ikan temenung ni, makan panaih panaih ada sambal belacan dan ulam ulaman boleh lajakkkk cheq oiiii🤣🤣🤣

Yang PENTING kena pastikan,

1. Ikan kena fresh, segar segar terus masak naaa...depa dekat kola tu ikan fresh dari laut terus ke periuk tu yang sedap tu, isi manih orang kata, nak guna ikan lain pun boleh janji FRESH

2. Kena pakai rempah giling kola kedah, kalau takdak kita guna rempah cap O, rempah ni special trademark di kedah, boleh beli online kalau tak jumpa

3. Guna santan fresh tau, takmau santan kotak ..pendek kata semua fresh la ..termasuk tukang masak😂😂😂hehehe gurau

Ok, jom masak!

Nota : Kami orang Kedah kari tu kami panggil gulai, sesetengah tempat gulai tu yang kaler kuning tu, hat tu kami panggil masak lemak kuning😂jadi jangan confuse ye, raikan perbezaan ❤️❤️❤️

PETUA : Kalau nak gulai jadi kaler merah cantik, semasa bancuh pes rempah tu tambahkan sedikit serbuk cili dalam 2sdb camtu ye, dan jangan gunakan terlalu banyak santan, agak agak sesuai dengan saiz hidangan, jika terlalu banyak santan kuah gulai akan menjadi pucat dan geleboq orang kedah kata 🤭 so pandai pandailah kita adjust okey🤗

Selamat memasak.
Besar ganjarannya kan buat isteri yang mengenyangkan perut suami dan anak anak❤️❤️❤️

Insyaallah Aamiin

   • Jom masak GULAI IKAN TEMENUNG KUALA K...  

#GulaiIkan
#GulaiIkanTemenung
#GulaiIkanKembung
#GulaiIkanKualaKedah
#JomMasak

show more

Share/Embed