Dah HUJUNG Bulan 😰Tapi Nak Makan SEDAP 😋? JOM masak SAMBAL TUMIS SARDIN [ENGLISH sub]
Cheq Na Cheq Na
56.6K subscribers
59,160 views
0

 Published On Nov 17, 2021

SAMBAL TUMIS SARDIN
====================

Di dalam video kali ni, Cheq Na nak 'share' macammana nak masak SAMBAL TUMIS SARDIN. Sambal tumis sardin ni cukup MUDAH, MURAH tapi SEDAP.

Selalunya sardin dikaitkan dengan bau ikan yang hanyir dan meloyakan. Kebanyakkan orang yang membeli sardin dalam tin akan memanaskan sahaja sardin ini dan terus memakannya. Si pemakan selalunya akan merasa loya selepas makan dengan bau ikan sardin yang kuat.

Dalam video ini, Cheq Na akan berkongsi bagaimana nak menghilangkan bau ikan sardin yang kuat dan seterusnya memasak ikan sardin ini hingga menjadi sedap dan menjadi SAMBAL TUMIS SARDIN.

Sambal tumis sardin ini sesuai sangat dimakan bersama nasi putih berlaukkan telur dadar dan sedikit kicap. Sambal tumis sardin ini sesuai dimakan pada bila-bila masa dan bukan seperti yang digembar-gemburkan sebagai makanan hujung bulan.

Jom kita tengok bahan-bahan dia untuk masak SAMBAL TUMIS SARDIN ini ...

BAHAN UTAMA
a) 1 tin besar sardin
b) 2 biji ubi kentang
c) Segenggam asam jawa
d) 2 camca besar sos tomato
e) 2 camca besar sos cili
f) 1 camca kecil sos tiram

BAHAN UNTUK DITUMIS
a) 1/2 bawang besar
b) 5 ulas bawang putih

BAHAN UNTUK DIKISAR
a) Cili kering segenggam
b) 1 biji bawang besar

BAHAN HIASAN
a) 3 biji cili besar
b) 6 biji cili melaka
c) 1 biji bawang besar
d) 3 biji tomato


Jadi, untuk memasak SAMBAL TUMIS SARDIN ni, Cheq Na mintak hangpa semua tengoklah video ini sampai habis. Penat Cheq Na buat video, lepas tu nak cerita dengan perkataan pulak. Susah nak gambarkan cara-cara buat sambal tumis sardin ini dengan ayat. Better hangpa semua tengok video, lagi senang. Kalau hangpa suka video ni, please press LIKE dan kalau hangpa tak mau miss drama masak Cheq Na yang seterusnya, silalah SUBSCRIBE.


Ok, itu saja kali ni. Luangkanlah masa nak tengok video ni dan jumpa di video seterusnya

Segmen-Segmen Penting Dalam Video
0:00 - Intro
0:30 - Bahan-bahan untuk sambal tumis sardin
1:11 - Persediaan untuk sambal tumis sardin
3:25 - Cara memasak sambal tumis sardin
13:19 - Hasil kejadian sambal tumis sardin


#cheqna
#cheqnastyle
#cheqnaresipi​​
#malaysia
#sardin

show more

Share/Embed