KUIH SERI MUKA DURIAN - umpama aiskrim
Masak Biasa-Biasa Masak Biasa-Biasa
2.03K subscribers
529 views
24

 Published On Jan 5, 2022

SERI MUKA DURIAN
RESIPI
Lapisan Bawah – Pulut
• Beras pulut - 2 cawan (direndam 4 - 5 jam)
• Santan - 2 cawan
• Garam - 1 sudu teh
• Daun pandan - 2 helai

Lapisan Atas Kuih
• Isi durian - 1 cawan (ikut kesukaan jika mahu lebih)
• Santan - 2 cawan (perahan pertama)
• Gula pasir - 1 cawan
• Tepung kastard - 1/2 cawan
• Telur gred B - 2 biji (dibuang pusat)
• Air daun pandan - 3 sudu besar (berfungsi menghilangkan bau hanyir telur)
• Tepung beras - 1 sudu besar
• Garam - 1/2 sudu teh
• Pewarna kuning

Penyediaan Lapisan Bawah - Pulut
• Larutkan garam di dalam santan, kacau hingga sebati
• Masukkan santan tadi ke dalam beras pulut yang telah direndam
• Ratakan beras pulut bersama santan
• Masukkan daun pandan bersama beras pulut dan santan
• Kukus sehingga pulut masak (30 - 40 minit)
• Keluarkan pulut yang telah masak
• Masukkan pulut ke dalam bekas (dilapik dengan plastik - untuk memudahkan bila diangkat /
memotong kuih)
• Rata dan padatkan pulut hingga menjadi sekata

Penyediaan Lapisan Atas Kuih
• Sediakan 1 cawan isi durian (boleh lebih mengikut citarasa masing-masing)
• Asingkan isi durian dari biji
• Seterusnya, masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar (untuk memudahkan kerja
boleh digaul biasa sahaja)
• Kisar hingga adunan menjadi sebati
• Masukkan adunan lapisan atas kuih ke dalam kuali
• Masak dengan api kecil dan sentiasa dikacau hingga ia memekat
• Tuangkan adunan lapisan atas kuih ke atas pulut yang telah dipadatkan tadi
• Ketuk bagi memadatkan kuih
• Masukkan ke dalam pengukus dan tutup lapisan atas kuih dengan plastik (bagi mengelakkan
wap air menitis ke atasnya)
• Kukus sehingga kuih masak
• Keluarkan dari pengukus dan biarkan kuih menyejuk sehingga 4 jam mengikut suhu bilik
mengikut kaedah pembuatan kuih tradisi Melayu (bagi mengelakkan menjadi cepat basi dan
senang dipotong)
• Potong mengikut citarasa masing-masing

Kuih Melayu buatannya terpuji,
Resepi tradisi warisan sejati;
Seri muka durian enak disaji,
Tak kira waktu sedap dinikmati.


Instrumental Lagu Melayu : Gurindam Jiwa
Cover by : Salim Violin pada Biola & Dwi Argi pada Akordion
Youtube Channel:    / @salimviolin  
Instagram: https://www.instagram.com/salimviolin...

show more

Share/Embed