Camping | Port Dickson Mayang Sari Campsite | Pengalaman Camping Paling Seram, di Landa Ribut
Mimpi Laila Mimpi Laila
3.53K subscribers
12,636 views
0

 Published On Jul 27, 2023

Perkhemahan yang Mendebarkan

Perkhemahan kami kali ini sangat mencabar dan mendebarkan kerana khemah kami runtuh dilanda Ribut pada pukul 3.00 pagi. Habis barangan camping kami jatuh ke tanah dan gelas kesayangan saya pecah.
Khemah dan flysheet kami runtuh dan segala peralatan basah dan berpasir. Kami terpaksa berteduh didalam kereta . Dalam masa yang sama, risau kalau2 dahan pokok tumbang. Ada campers yang melarikan diri dari campsite tapi kami menemani sekumpulan anak2 muda yang khemah mereka terbang di bawa angin kuat. Lampu di common area semua terpadam dan kawasan jadi gelap gelita. Kami nyalakan lampu kereta supaya mudah untuk pergerakan anak2 tersebut. Tapi syukur Alhamdulillah, tiada dahan pokok tumbang dan kami berteduh dan cuba untuk lelapkan mata sekejap di dalam kereta. Selepas subuh hujan lebat lagi dan kami terpaksa menunggu hujan berhenti untuk mengemas. Kami terpaksa mencuci bersih segala peralatan sebelum kami pulang.
Apapun, ini adalah satu pengalaman yang cukup beharga dan tak mungkin kami lupakan.

Campsite ini merupakan campsite terbesar di Port Dickson yang boleh memuatkan 100 khemah.
Ia dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti
1. Surau
2. Toilet
3. Sinki
4. Open Shower
5. Parking
6. Plug Point
7. Lampu di sekitar campsite dan Common Area
8. Mini Mart di reception counter

Terdapat bayaran2 lain yang dikenakan antaranya
1. Parking RM 5/car
2. Power Plug RM 10/night @ RM 20/night untuk Motorhome
3. Toilet RM 5/day daytrip, RM 10 - 2H/1M & RM 15 -3H/2M

Bayaran deposit dikenakan untuk booking confirmation.

Sewa Khemah serendah RM 50 /mlm pada hari biasa dan terdapat juga package 3H/2M atau 2H/1M disediakan pada harga yng istimewa.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi CO ,
Mr Darrel Lim di No 017-4148311
Ms Anna 017-7148311
Ms Cindy 016 6887939

show more

Share/Embed