Car Camping | Our First Attempt at Car Camping | Rainforest Park, Genting Sempah | ASMR
Mimpi Laila Mimpi Laila
3.53K subscribers
7,023 views
0

 Published On Oct 28, 2023

Trip kali ini kami camping di Rainforest Park, Genting Sempah. Setelah meninjau keadaan sekeliling campsite, kami memilih untuk pasang di dek yang disediakan.

Pemasangan kali ini agak mencabar kerana kami tidak membawa peg yang bersesuaian. Kami terpaksa menggunakan tali untuk mengikat tiang flysheet di dek tersebut. Terkial kial juga untuk menyiapkannya.

Sedang elok kami nak pasang flysheet, hujan turun dengan selebat-lebatnya dan basah kuyup kami berdua. Akhirnya setelah lebih kurang setengah jam, hujan pun berhenti . Alhamdulillah

Untuk makan malam, kami bercadang untuk membuat Roti Naan dan ayam tandoori. Pertama kali kami cuba menu ini. Alhamdulillah menjadi. Roti Naan sangat lembut . Ayam Tandoori juga masak dengan elok dan juicy. Ditambah dengan sos mint dan yogurt. Menambahkan rasa yang sangat premium. Alhamdulillah. Seronok bila percubaan masak kali ini berjaya dengan cemerlang...hahahah

Kali ini kami memilih untuk tidak pasang khemah, sebaliknya kami mencuba untuk car camping. Kami tidur didalam kereta sahaja. best juga sebab kami hanya perlu turunkan seat dan pasang tilam. Tidur malam kami pun sangat selesa kerana suhu yang sejuk lebih kurang 22 celcius sepanjang malam.

Kemudahan asas lain agak baik, cuma dari kaawasan dek untuk ke tandas agak jauh, dan dalam cubical tak ada lampu. Kenalah bawa lampu sendiri.

show more

Share/Embed