Camping | Lubuk Ghancung, Ulu Kenaboi | Negeri Sembilan
Mimpi Laila Mimpi Laila
3.53K subscribers
17,941 views
0

 Published On Aug 4, 2023

Kali ini, kami berkhemah di Campsite Lubuk Ghancung , Kampung Esok di Ulu Kenaboi , Negeri Sembilan. Sepanjang perjalanan , kami melalui jalan yang berliku-liku namun bukit-bukit yang menghijau dan berkabus sepanjang jalan sangat memukau pandangan.

Perjalanan masuk ke kawasan Campsite agak mudah kerana jalannya tidak berbukit. Tempat parking kenderaan juga berhampiran dengan khemah. Ini memudahkan kerja untuk mengangkut barangan.

Campsite ini terletak di dalam kebun Durian di mana, pada musim durian, Campsite akan ditutup buat sementara waktu. Selain itu terdapat juga pokok buah-buahan lain seperti rambutan dan jambu air.

Kayu Api juga disediakan dan CO akan membantu untuk menghidupkan Kayu Api sekiranya diperlukan.

Sungai di campsite ini cetek dan sangat sesuai untuk anak-anak kecil.

Tiub/Pelampung ada disediakan dengan bayaran serendah RM5/unit.

Kesemua 11 , Tapak Campsite terletak berhampiran dengan Sungai. 2 tapak berkelah disediakan untuk yang pulang hari, manakala 9 lagi disediakan untuk Camper yang ingin bermalam.

Kemudahan asas yang disediakan adalah seperti
1. Toilet
2. Sinki
3. Lampu di Kawasan awam
4. Line Telco : Maxis, Celcom

Sewa untuk tapak khemah adalah
1. 2H1M : RM 50
2. 3H2M : RM80
Tapak pangkin RM10/malam

Harga day trip/ Balik Hari,
1 Kereta RM20.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi CO di nombor
En. Azam : 011 58905405

show more

Share/Embed