Petua memasak sambal sotong kembang
IDASHAHIDA RESEPI MELAYU IDASHAHIDA RESEPI MELAYU
9.31K subscribers
300 views
3

 Published On Mar 1, 2023

Video saya asalnya dalam utube ..ni dah lama dah…dah beratus ribu orang yang share dan tengok. Sekarang saya upload di page pula.

Cara melembutkan sotong kembang

Sedap nieeee....sambal sotong kembang berkacang.

makan dengan nasi lemak dan lontong nasi himpit.
Baru siap masak ni...

Sotong kembang ni ada dijual di tesco.
Jual ekor asing dan badan asing.

RESEPINYA:

Sotong kembang 3 ekor termasuk kepalanya
Dimesin halus*
25 biji cili kering*
Bawang putih 2 ulas*
Bawang besar 2 biji*
Bawang merah 8 ulas*
Halia 3 inci*

Serai 1 btg diketuk
Lengkuas 1 hirisan besar diketuk

Gula 1 sudu besar penuh
Garam
Serbuk perasa@kiub ayam
Air asam jawa 2 sudu besar
Sos tiram 2 sudu besar
Sos ikan 2 sudu besar
Kacang tumbuk 3/4 cawan

Caranya
1. Sotong dibersihkan.dimasukkan kedalam kuali tanpa air. Birkan sotong mengeluarkan airnya sampai habis.Selepas air sotong dah kering baru boleh dipotong kepada saiz yg anda suka sebab nanti bila rebus sotong ini akan mengecil.

*( langkah ini adalah bertujuan untuk membuang kandungan air yg terdapat pada sotong sotong tadi dan langkah ini juga akan melembutkan isi sotong jenis ini. Kalau tk buat seperti ini,masakan/isi sotong dari jenis ini akan menjadi liat/keras dan kuah sambal anda akan jadi cair).*

Cara masak:
Panaskan kuali.
Masukkan minyak. Minyak panas masukkan bahan kisaran tadi.
Kacau sampai pecah minyak dan cili masak.

Masukkan serai, lengkuas,gula, garam, serbuk perasa dan air asam jawa , sos tiram dan sos ikan tadi.masukkan 1/2 cawan air. Kacau lama dan mendidih , masukkan sotong. Kacau lg.biarkan didih ( jika sotong sudah lembut@ lama tak perlu guna teknik merebus tanpa air cukup sekadar masak macam biasa.bila kuahnya agak sedikit kering maka sotong dah jadi lembut dan sedap dimakan terutama dengan nasi lemak.

Bila dah agak nk kering air masukkan kacang tumbuk(jika suka)
Kacau lagi.dan bila kacang sudah mulai kembang, rasailah. Apa yg kurang ditambahi.

Bila Dah pekat dan bersalut cantik..tutup api. Angkatlah.

PETUA RAHSIA
Masukkan potongan sotong atau sekor sekor kedalam periuk ( jangan dimasukkan air sebab nanti sotong tu akan keluarkan air dia sendiri). Biarkan air sotong tu kering sendiri.dah air kering tutup api.ketika ini sotong anda dah lembut dah...sedap untuk dikunyah nanti.

Selepas direbus baru boleh dipotong kepada saiz yg anda suka sebab nanti bila rebus sotong ini akan mengecil.

*PETUA PALING PENTING UNTUK MEMBUATKAN SAMBAL ANDA JADI SEDAP DAN LEMBUT SOTONGNYA.*
Rebus sotong tanpa menggunakan air.biar air sotong tu keluar sendiri sampai lah kering. Teknik ini akan membuatkan sotong anda tidak keras/liat dan kuah tidak menjadi cair.

Sudah rebus? Tapi kenapa sotong tu tidak keluar air?
Jawapannya:
Sotong itu bukanlah yang [email protected] lama.sebab itulah kandungan air dalam badannya telah hilang.
Jika sudah demikian maka tak perlulah direbus.sebab sememangnya ia telah lembut, boleh terus dipotong dan dimasak makan.
Teknik merebus tanpa air hanya terpakai untuk sotong kembang yg segar sahaja.

show more

Share/Embed