Laksa Johor| Resepi Laksa Johor| Laksa Johor Kak Yan
Kak Yan Kak Yan
133K subscribers
25,509 views
0

 Published On May 16, 2021

Assalalmmualaikum dan Hi semua,

Macam inilah Kak Yan masak laksa Johor. Pekat dan cukup segala bahan dan rasa. Laksa Johor ni memang kegemaran kami sekeluarga. Kena pulak anak-anak Kak Yan suka makan spaghetti.

Bagi Kak Yan, laksa Johor ini sangat istimewa. Bila spaghetti digaul bersama kauhnya dan ditaburkan bahan-bahan sampingan, letak sambal belacan,kacau dan masuk ke mulut. Aduh, nikmat sedap tu memang terasa.

Jadi apa kata kita cuba masak laksa johor ni. Ikut sahaja resepi Kak Yan dan pasti sedap.
Selamat mencuba!


Resepi

Laksa Johor

Bahan-bahannya:

1 bungkus spaghetti (direbus dan ditoskan)
10 ekor udang segar (rebus kulit dan simpan airnya)
1kg ikan sardin (direbus, ambil isi dan simpan air rebusannya)
1kg ikan tenggiri/ikan paran (direbus, ambil isi dan simpan air rebusannya)
300g isi ikan masin
500g santan
Air secukupnya
3 sudu besar kerisik
4 sudu besar rempah kari ikan
2 sudu besar cili kering kisar
4 sudu besar minyak
Garam dan Gula secukup rasa

Bahan Kisar
3 biji bawang merah besar
2 inci halia
2 inci lengkuas
4 batang serai
2 inci kunyit hidup

Sambal Belacan
3 biji cili merah
3 biji cili padi
1 sudu teh belacan
1 sudu teh jus limau
Garam dan gula secukup rasa

Hiasan
Kacang panjang
Timun
Daun Kesum
Bunga Kantan
Sambal Belacan
Bawang merah

Teruskan tengok video ini sampai habis dan jangan lupa subscribe.
Jangan lupa juga untuk follow Kak Yan di platforms berikut:

Instagram:  / ​​  
Facebook:  / ​​  
Blogspot: https://azianhasan.com/

show more

Share/Embed