Nasi Goreng Kicap. Sedapnya Nasi Goreng Macam Ini. Bahan Simple Jer.
Kak Yan Kak Yan
136K subscribers
9,694 views
318

 Published On Mar 25, 2024

Assalammualaikum dan hi semua,

Seingat Kak Yan kalau orang dulu-dulu kalau masak nasi goreng memang simple habis. Tapi sedap. Dulu-dulu memang taklah kita nak dapat jumpa macam-macam jenis nasi goreng dengan pelbagai nama ya. Antara yang simple dan sangat sesuai disajikan pada bulan puasa ini ialah Nasi Goreng Kicap.

Bahan-bahan untuk memasaknya pulak tak banyak dan sememangnya ada di dapur kita. Memasaknya pulak bukan sahaja mudah malahan tak mengambil masa yang lama pun. Hasilnya pulak memang menggamit kenangan kita dulu-dulu. So jom tengok Kak Yan masak Nasi Goreng Kicap Simple ini. Boleh lah nak buat juadah sahur nanti.

Nasi Goreng Kicap

Bahan-bahan
2 mangkuk nasi sejuk
5 tangkai kacang panjang
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kering kisar
Segengam ikan bilis
2 sudu besar kicap Tamin
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram


As far as I remember, back in the old days, cooking fried rice was always simple yet delicious. Those days, we didn't have various types of fried rice with different names like we do now. Among the simple ones that are perfect for serving during the fasting month is Soy Sauce Fried Rice.

The ingredients for cooking it are not many and are usually available in our kitchen. Cooking it is not only easy but also doesn't take much time. The result brings back nostalgic memories. So let's watch I cook this Simple Soy Sauce Fried Rice. It could be a perfect meal for sahur later.

Ingredients:

2 bowls of cold rice
5 stalks of long beans
5 shallots
5 cloves of garlic
2 tablespoons of ground dried chilies
A handful of anchovies
2 tablespoons of dark soy sauce
2 tablespoons of light soy sauce
1 tablespoon of oyster sauce

Nak beli kuali, Klik link disini -http://www.aurasiaglobal.com/

Selamat Mencuba!

Teruskan tengok video ini sampai habis dan jangan lupa subscribe.
Jangan lupa juga untuk follow Kak Yan di platforms berikut:

Instagram:  / ​​  
Facebook:  / ​​  
Blogspot: https://azianhasan.com/

show more

Share/Embed