Kuih Seri Muka Pandan | Sukatan Cawan Dan Tips Permukaan Licin
Dapur Ibunda Dapur Ibunda
164K subscribers
416,636 views
0

 Published On Aug 28, 2021

Asslamualaikum hai semua, harini Dapur Ibunda akan kongsikan Resepi Kuih Seri Muka Pandan,resepi ni sangat mudah disediakan.Rugi sangat kalau tak cuba, Jom kita sediakan bahan bahannya 😇

Bahan-bahan lapisan pulut
1 3/4 cawan beras pulut (direndam selama 40 minit )
1 1/4 cawan santan
1 sudu kecil garam
1 helai daun pandan

👆🏻kukus beras pulut selama 20 minit

Bahan-bahan lapisan atas
3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula pasir
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung ubi
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
1 1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air + 5 helai daun pandan (dimesin)
Sedikit pewarna hijau

Loyang 8x8 inci

Kukus selama 30 hingga 40 minit
dan kukus lagi selama 5 minit tanpa penutup pengukus
untuk mengeringkan air yang bertakung diatas permukaan kuih

Tips untuk menghasilkan permukaan kuih licin,pastikan buka tudung pengukus setiap 10 minit dan buang air yang bertakung didalam tudung pengukus

Selamat Mencuba 😇

Terima Kasih kerana menonton, jangan lupa tekan button like dan subscribe untuk perkongsian resepi yang menarik di masa akan datang 🥰

show more

Share/Embed