Published On Premiered Jun 9, 2022
pulut udang panggang homemade resepi kampung yang simple dan sedap. Pulut udang yang Simple dan Sedap kegemaran ramai boleh buat sendiri je dirumah.. Gabungan pulut lemak bersama inti kelapa parut sungguh sedap. Tambahan pula pulut udang dipanggang garing memberi lebih aroma. Mudah sebenarnya nak menyediakannya, apabila sudah siap, cepat pula habis licin. Jom masuk dapur.
0:00 Resepi pulut udang homemade
0:20 Cara buat pulut udang
3:00 Hasilnya pulut udang yang sangat Sedap.
Resepi pulut udang Panggang:
Bahan-bahan pulut lemak:
2 cawan beras pulut
2 cawan santan segar
Garam secukup rasa
Bahan-bahan inti kelapa :
2 cawan kelapa parut (1/2 biji)
2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar udang kering
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
2 sudu besar cili mesin
1 sudu kecil serbuk cili
2 sudu besar gula
Garam secukupnya
Bahan-bahan lain:
Daun pisang dilayur
Lidi atau pencungkil gigi
Cara masak pulut lemak :
1. Rendam beras pulut 30 minit ke 1 jam. Kemudian cuci bersih dan tapiskan.
2. Kukus selama 40 minit atau sehingga 3/4 masak. Kemudian keluarkan dan masukan ke dalam sebuah bekas.
3. Di dalam bekas masukan santan dan garam. Gaul rata sebati kemudian sambung kukus sehingga masak.
Cara masak inti kelapa:
1. Kisar semua bahan kecuali kelapa parut, gula dan garam.
2. Tumis bahan kisar dan perasakan dengan garam dan gula. Kemudian masukan kelapa parut. Masak sehingga sebati dan kering sedikit. Kemudian biar ia sejuk dahulu.
3. Selepas daun pisang sudah dilayur, ambil sedikit pulut lemak dan lenyet (mampatkan) nipis. Kemudian letakan inti kelapa di tengahnya. Gulung kemas seperti yang ditunjukan dalam video, dan sematkan lidi pada kedua hujung nya.
4. Masak di atas non stick pan sehingga ia garing pada kedua bahagian.
Mohon Follower MALAY kitchen SUBSCRIBE Youtube kami :
/ malaykitchen
Laman web rasmi MALAY kitchen:
https://malaykitchen.my
Telegram MALAY kitchen :
https://t.me/malaykitchen
Tiktok MALAY kitchen :
/ malaykitchen
Muzik oleh : Ikson
/ ikson
#malaykitchen #pulutudang #pulutpanggang