Sambal Ikan Tenggiri Empat Bahan, Sedap Terangkat | Resepi Mak Mertua
Dayang Suri Dayang Suri
104K subscribers
57,960 views
0

 Published On Aug 5, 2022

Assalamualaikum, hye semua! Kalini Dayang nak kongsikan Resepi Sambal Ikan Tenggiri yang sangat RINGKAS tapi LUAR BIASA SEDAP. Hanya menggunakan empat bahan untuk membuat kuah sambalnya....resepi istimewa ni diberikan oleh mak mentua Dayang sendiri. Ianya menjadi kegemaran kami sekeluarga.

Sambal ni rasa dia pedas-pedas manis, kuahnya pekat bersalut dengan ikan,memang mengancam rasanya! Sangat sesuai dihidangkan untuk seisi keluarga. Anak- anak kecil pun boleh makan taw. Boleh dimakan bersama nasi putih,nasi minyak atau nasi lemak,jom lah kita tengok video untuk ketahui cara masak dengan lebih jelas dan resepi yang lengkap,Selamat Mencuba semua.

Bahan Sambal
15 tangkai cili kering
7 ulas bawang merah kecil
1 sudu makan jintan manis
1/2 cawan kicap pekat
1 keping asam gelugor ( opsyenal nak letak boleh taknak pun boleh)

Bahan Lain
3 ketul ikan tenggiri
1 1/2 sk garam halus
2 sk serbuk kunyit

Bahan Hiasan
1 biji bawang holand
1 tangkai cili merah

#sambalikan #sambaltumis #ikantenggiri #dayangsuriresepi #resepiikan #masakanikan

SEBARANG URUSAN RASMI SILA EMEL KE ALAMAT EMEL DI BAWAH
💌[email protected]

show more

Share/Embed