SINGGANG ATAU PINDANG IKAN KEMBUNG | Menu Sihat Membuka Selera
Dayang Suri Dayang Suri
104K subscribers
231,004 views
0

 Published On Feb 2, 2022

Assalamuapaikum,hye semua! Kalini Dayang nak kongsikan resepi SINGGANG ATAU PINDANG IKAN yang sangat sedap. Menu sihat ni sesuai untuk orang yang dalam pantang, tengah berdiet atau yang kurang sihat atau takde selera makan boleh masak ni sebab masakan ni tak menggunakan minyak langsung,cuma direbus bersama rempah ratus sahaja yang baik untuk kesihatan badan kita.

Ada pelbagai jenis singgang,ada singgang putih,pedas bewarna merah dan kuning...pilihan dan kesukaan Dayang adalah bewarna kuning keemasan camni, jadi Dayang suka untuk kongsikan cara Dayang masak ikan singgang ni untuk penonton semua. Singgang ni cukup semua rasa,pedas,masam,masin,lemak dari ikan memang membuka selera,kuah dia memang best buat hirup hirup...

Singgang atau sesetengah tempat dipanggil PINDANG ni memang menjadi pilihan terutama bila rasa tak sedap badan,sakit tekak dan tak boleh telan makanan berminyak...selain tu sesekali bila rindu masakan lama pun Dayang akan masak singgang ikan ni,ikan kegemaran Dayang adalah ikan kembung atau temenung,tenggiri dan ikan kerisi..jom kita tengok video untuk tahu cara Dayang masak singgang yang sangat lah senang tapi sedap hingga menjilat piring😁

Bahan Bahan
7 ekor ikan kembung atau ikan temenung
2 inci lengkuas
1 inci halia
1 ketol kunyit hidup
3 keping asam keping
1 batang serai
5 cawan air
4 sudu teh garam halus
6 biji bawang merah kecik
5 ulas bawang putih
8 tangkai cili padi
1 genggam bendi

Tips: 1) Kecikkan api sebelum masukkan ikan supaya kulit ikan tak pecah dan isi ikan tak cepat kecut

CADANGAN: Hidangkan Singgang atau Pindang Ikan bersama sambal belacan, budu atau ulam ulaman dan ikan goreng untuk lebih ummmppp(orang diet makan singgang je jangan nak ikut cadangan ni)

#singgangikan #ikanpindang #singgang #resepidayangsuri #resepidiet #menusihat #masakanviral #masakikan

Sebarang urusan rasmi boleh hubungi Dayang di emel
💌[email protected]

show more

Share/Embed