Sanad Tarekat Ahmadiah Idrisiah Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki (Chengkau, 2002)
Tarekat Idrisiah Tarekat Idrisiah
4.99K subscribers
127,031 views
0

 Published On Jul 9, 2019

SEBAHAGIAN SANAD USTAZ MUHAMMAD FUAD BIN KAMALUDIN, KHALIFAH TAREKAT AHMADIAH IDRISIAH ASIA TENGGARA YANG BERSAMBUNG DENGAN PENGASAS TAREKAT AHMADIAH IDRISIAH, IMAM AHMAD IBN IDRIS
.
Alhamdulillah dengan nikmat Allah, semenjak pertama kali Ustaz Muhammad Fuad bin Kamaludin mengambil Tarekat Ahmadiah Idrisiah, cintanya yang amat dalam tumbuh subur terhadap tarekat yang mulia ini. Semenjak berada dalam rahim bondanya lagi, beliau telah didendangkan dengan Aurad Imam Ahmad ibn Idris. Kemudian, beliau dibesarkan pula di atas riba keluarga yang menghidupkan amalan Tarekat Ahmadiah Idrisiah.
.
Cinta yang tumbuh telah menjadikan jiwa remaja beliau meronta-ronta untuk mengenali lebih dalam lagi tentang tarekat ini. Segala kesungguhan dan ketekunan dicurahkan dalam mengamalkan dan mempelajari tarekat ini. Sekalian guru dan majlis berkaitan tarekat ini yang sampai ke corong telinga beliau, segera beliau hadiri dengan penuh himmah dan iltizam walaupun terpaksa mengembara. Segala sanad dan ijazah beliau pohon dengan penuh rendah diri dan beradab walau terpaksa menempuh pelbagai kesusahan.
.
Dengan nikmat kecerdikan yang Allah kurniakan dan khidmat kepada guru-guru yang dipersembahkan, jalan-jalannya dipermudahkan. Pada hari ini, beliau telah berjaya mengumpulkan manuskrip kitab-kitab Imam Ahmad ibn Idris sama ada melalui pewaris-pewaris Imam Ahmad ibn Idris atau pun pengkaji-pengkajinya di serata dunia.
.
Dengan kegigihan beliau mencari gali sumber-sumber asli tarekat ini sama ada melalui kitab-kitab yang ditinggalkan atau pun hubungan baik yang diadakan dengan keturunan dan pewaris sah Imam Ahmad ibn Idris, melalui kajian dan penelitian tanpa henti terhadap sumber-sumber yang sahih, maka terserlahlah antara kaca dan permata, yang samar kini menjadi nyata, yang tulen dan palsu dapat dibeza.
.
Memahami peri pentingnya sanad bagi mendapatkan ilmu yang sahih, lebih-lebih lagi ilmu tarekat yang menjadi santapan dan pembangun rohaninya, beliau telah berjaya mengumpulkan sanad-sanad dan ijazah tarekat ini daripada ramai ulama’ dan kebanyakan keluarga Imam Ahmad ibn Idris yang mempunyai rantaian sanad yang bersambung sehingga kepada Imam Ahmad ibn Idris. Apatah lagi, tarekat adalah suatu manhaj yang dibangunkan atas landasan al Quran dan Sunnah yang tidak boleh diperkatakan oleh sembarangan orang. Abdullah ibn Mubarak berkata:
.
ٱلإِسْنَادُ مِنَ ٱلدِّيْنِ، وَلَوْلَا ٱلإِسْنَادُ لَقَالَ مَنْ شَآءَ مَا شَآءَ
“Isnad adalah dari perkara agama. Jika tiada isnad, nescaya sesiapa pun boleh berkata apa sahaja yang dia mahukan.”.

Untuk post versi lengkap, layari FB Masyyakhah Tarekat Ahmadiah Idrisiah Asia Tenggara (fb.com/tarekatidrisiah)

Post FB:   / 346215986321305  

show more

Share/Embed