Kisah Habib Muhammad 'Alawi Al-Maliki || Syeikh Zainul Asri
Perindu Rasulullah Perindu Rasulullah
87.1K subscribers
57,122 views
0

 Published On Jan 25, 2021

[RIWAYAT HIDUP DR. SAYYID MUHAMMAD BIN ALAWI AL-MALIKI AL-HASANI AL-MAKKI R.HM.]

NAMA DAN KELUARGA:

Al-Alim al-Allamah al-Musnid al-Muhaddits al-Arif billah, Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani r.hm. berketurunan mulia yang bersambung dengan Junjungan Nabi Muhammad SAW. Beliau r.hm. merupakan waris keluarga al-Maliki al-Hasani di Makkah yang masyhur yang merupakan keturunan Rasulullah SAW, melalui cucu Baginda SAW, Imam al-Hasan bin Ali r.hu.

Keluarga Maliki merupakan salah satu keluarga yang paling dihormati di Makkah dan telah melahirkan alim ulama besar di Makkah, yang telah mengajar di Makkah sejak berkurun lamanya. Lima orang daripada keturunan Sayyid Muhammad r.hm. telah menjadi Imam Mazhab Maliki di Haram Makkah. Datuk beliau, as-Sayyid Abbas al-Maliki r.hm., merupakan Mufti dan Qadhi Makkah dan khatib di Masjidil Haram. Beliau r.hm. memegang jawatan ini ketika pemerintahan Usmaniah serta Hashimiah, dan terus memegang jawatan tersebut setelah Kerajaan Saudi diasaskan.

PENDIDIKAN:

Sayyid Muhammad r.hm. menghafaz al-Quran ketika usianya tujuh tahun dan menghafal kitab al-Muwatta' pada usia 15 tahun. Pada usianya 25 tahun, beliau r.hm. memperolehi ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dengan pangkat mumtaz (cemerlang) dalam Ilmu Hadis di bawah bimbingan ulama besar Mesir, Prof. Dr. Syeikh Muhammad Abu Zahrah r.hm. Pada 2 Safar 1421 (6 Mei 2000), beliau r.hm. dikurniakan gelaran ustaziyyah atau profesor daripada Universiti al-Azhar asy-Syarif, Mesir.

PENGUASAAN ILMU DAN KARANGAN:

Beliau r.hm. menguasai ilmu-ilmu yang pelbagai di dalam Islam.

Kitab-kitab karangannya mencecah ratusan buah dalam bidang akidah, tafsir, hadis, sirah, fikah, usul fikah, tasawuf dan lain-lain. Sebahagiannya sudah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa di dunia.

Bukunya yang terkenal iaitu Mafahim Yajibu an Tushahhah (Kefahaman Yang Perlu Diperbetulkan), telah mendapat pujian dan pengiktirafan ramai ulama besar dari seluruh pelosok dunia Islam. Antara para ulama besar dunia Islam yang menulis taqrizh dan Taqdim bagi buku tersebut ialah Syeikh Hasanain Makhluf r.hm, Syeikh Muhammad al-Khazraji r.hm, Syeikh Muhammad an-Najjar r.hm, Habib Abdul Qadir as-Saqqaf r.hm, Sayyid Abdullah Kanun al-Hasani r.hm, Dr. al-Husaini Abdul Majid Hasyim r.hm, Syeikh Abdullah al-Ghummari r.hm, Syeikh Abdul Aziz al-Ghummari r.hm, Syeikh Muhd Ubaidulah al-Mufti r.hm. dan ramai lagi; lebih 40 orang kesemuanya.

SANAD DAN IJAZAH:

Sayyid Muhammad r.hm. mendapat penghormatan dengan menjadi Syeikh dengan bilangan ijazah (Sanad) terbanyak dalam waktunya. Beliau r.hm. juga memiliki rantaian Sanad terpendek atau terdekat dengan Rasulullah SAW. Sayyid Muhammad r.hm. mendapat lebih daripada 200 ijazah daripada alim ulama teragung pada zamannya dalam setiap cabang ilmu Islam. Ijazah beliau r.hm. sendiri yang beliau r.hm. berikan kepada murid-muridnya adalah antara yang paling berharga dan jarang didapati di dunia, yang menghubungkan anak-anak muridnya dengan sejumlah besar ulama agung.

MURID-MURIDNYA:

Muridnya mencecah ratusan malah ribuan orang. Di Indonesia khususnya, ramai di kalangan murid-muridnya yang telah menjadi ulama terkenal dan pengasas pondok-pondok pengajian; antara mereka ialah Habib Abdur Rahman Basurrah r.hm, wakil Rabithah Alawiyah yang lama bermukim di Arab Saudi, Habib Abdul Qadir al-Haddad r.hm, pengurus al-Hawi di Condet, Jakarta Timur, Habib Hud Baqir al-Attas r.hm, pemimpin Majlis Taklim as-Salafiah, Habib Saleh bin Muhammad al-Habsyi r.hm, Habib Naqib bin Syekh Abu Bakar r.hm. yang memimpin Majlis Taklim di Bekasi, Habib Novel Abdullah al-Kaff r.hm. yang membuka pondok di Parangkuda, Sukabumi, Habib Saleh bin Ahmad al-Aidrus r.hm, KH Abdur Rahman Nawi r.hm, yang memiliki tiga buah pesantren di Tebet, Jakarta Timur dan dua di Depok dan ramai lagi.

Antara murid kanan beliau r.hm, K.H. Ihya' Ulumuddin r.hm. yang mempunyai pondok di Batu, Malang, Pesantren Riyadhul Solihin di Ketapang (Probolinggo) dan Pondok Pesantren Genggong, juga di Probolinggo.

Antara muridnya di Indonesia yang mempunyai hubungan khas dengannya ialah Syeikhuna, Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki r.hm. Gelaran al-Maliki adalah gelaran yang dianugerahkan oleh Sayyid Muhammad r.hm. kepadanya.

Di Malaysia, muridnya yang mempunyai hubungan khusus dengannya ialah Syeikhuna, Dato' Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki as-Sanusi r.hm. Semasa hayatnya, Sayyid Muhammad r.hm. amat menyayangi anak muridnya ini dan memberi keizinan kepada Syeikh Muhammad Fuad r.hm. untuk menterjemah, menerbit dan menyelenggarakan semua kitab karangan beliau r.hm. Seperti Syeikh Ahmad Fahmi r.hm, gelaran al-Maliki juga dianugerahkan kepadanya oleh Sayyid Muhammad r.hm. sebagai pengiktirafan dari segi keilmuan dan usaha dakwah yang dijalankan oleh beliau r.hm. kepada masyarakat.

Facebook :
  / perindu-rasulullah-105757554961312  

Instagram :
@perindu_utusannya

Telegram :
https://t.me/PerinduUtusanNya

#AhlulBait

show more

Share/Embed