TIPS BERPANTANG : Ikan Dalam Pantang !
Bumi Ratu Channel Bumi Ratu Channel
408K subscribers
290,289 views
8.7K

 Published On Jul 24, 2020

Apa yg sy share kan ni jgn lah dijadikan bahan gaduh atau kebencian kpd perubatan pantang,, tak semua pantang itu salah, tak semua juga pantang itu betul, kita ambil yg baik shj lah..kalau rasa tak perlu jgn pakai , jgn dikecam ia bukan isu negara dn ugama
.
Apa yg sy rakamkan ni full video di dalam youtube bumi ratu channel ttg pemakanan yg baik semasa dlm pantang ..!! tak ada lah mkn ikan masin setiap hri je kan..!! tapi kalau boleh elakkan mkn ayam daging dan juga daging lembu kerana kalau daging lembu penyebab kpd stress / melibatkan darah , tapi kalau ayam daging boleh dpt kegatalan dan hormon nanti tunggang langgang
.Niat kita, lepas bersalin agar hormon yg dihasilkan hormon baik yg wanita perlukan ..makanan pantang ni kita niat membina kembali sel-sel kulit baru dan juga mempercepatkan kesembuhan luka.
.
Hari ni sy berkongsi ttg ikan & sayuran yg boleh dimakan, antara sayuran yg boleh dimakan atau sayuran tak boleh dimakan ..!!
.
Kita nak elak makanan yg membawa kpd bentan spt kubis dan kacang pjg ..sbb setengah org tak tahan ..bisa mencucuk2 kancing gigi, menggigil, kejang urat, demam urat..Seeloknya klu nk makan kubis biarlah 20 hari keatas.Makanan baik sekali ialah, Serai, bawang putih, bawang besar merupakan bahan yg wajib dimakan sebanyak yg boleh semasa dlm pantang kerana ia bagus utk sistem pencernaan dan salah satu bahan makanan memperbaiki msalah darah.
. Darah yg berkualiti menyihatkan manusia sihat dan pengalaman bonda pernah merawat 2 org pekerja yg dpt penyakit denggi berdarah setiap hari sy minumkan jus serai bersama madu,, darahnya bertambah baik dan sgt cepat kesan penyembuhan tapi sy parutkan brsama batu landak.
.
Dari segi klinikal test mmg tak ..!! dari segi pengalaman saya lihat sendiri , tidak salah ikhtiar kerana kesembuhan itu hak Allah
.
Sebelum datang perubatan moden, Allah mendatangkan ilham kpd manusia mcm kita lihat nabi Adam dan nabi Muhammad SAW ..ubat ni termasuk doa dan bahan alam utk berubat.
.
Maaf kan lah kalau kata2 sy dan ilmu sy ni menyinggung perasaan pihak lain dan tidak ada tujuan memandai2 atau mencari publisiti murahan hanya sekadar berkongsi ilmu yg patut disebarkan. Sekadar sy Sayang kpd perubatan nenek moyang lama kita.

show more

Share/Embed