Ucapan Anwar Ibrahim di Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur (06.07.2024)
Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim
76.7K subscribers
3,729 views
0

 Published On Jul 6, 2024

Menghadiri Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur di Dataran Sayangi Kuantan.
Dalam ucapan saya singgung keperluan kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengubah cara kerja lama bagi mengelakkan sebarang kelewatan dalam urusan kelulusan projek baharu bagi memacu pembangunan di semua kawasan.
Peringatan juga diberikan kepada semua setiausaha kerajaan negeri agar terus memantau senarai projek yang diluluskan dan melaksanakan kemas kini status projek secara berkala.
Saya turut tegaskan bahawa gerak kerja kita harus pantas dan sentiasa dalam keadaan terbaik sebelum Malaysia mengambil alih Kepengerusian ASEAN hujung tahun ini bagi membuktikan keupayaan negara menarik pelaburan serta pelancongan supaya setiap negeri semakin maju.
Contoh terbaik yang harus kita ikut adalah ketika penubuhan Fakulti Kecerdasan Buatan Universiti Teknologi Malaysia yang diluluskan hanya dalam tempoh empat bulan dan ia menunjukkan ada kesediaan semua pihak untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik.
Insya-Allah Kerajaan MADANI akan terus memacu pembangunan negara dan meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat secara inklusif dan adil.

show more

Share/Embed