Ucapan Anwar Ibrahim di persidangan Meja Bulat Menteri ASEAN-China mengenai Pembinaan dan Perumahan
Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim
76.7K subscribers
3,042 views
0

 Published On Jul 3, 2024

Marcapada menuntut ASEAN supaya berusaha dengan cara yang sangat dinamik dan agresif untuk mempromosikan rantau ini sebagai wilayah yang cemerlang dari segi ekonomi dan budaya.

Saya lontarkan cabaran itu tatkala berucap pada persidangan Meja Bulat Menteri ASEAN-China mengenai Pembinaan dan Perumahan (ACMROCH) serta Pameran Seni Bina, Reka Bentuk Dalaman & Binaan Antarabangsa Ke-23 2024 (ARCHIDEX) hari ini.

Natijahnya, ASEAN boleh saling bekerjasama serta saling mempercayai termasuk melaksanakan perkongsian strategik yang menyeluruh demi manfaat keseluruhan negara anggota.

Saya turut tekankan, di sebalik kerancakan bersaing mengejar kemajuan ekonomi, isu terkait rakyat dan masyarakat tidak harus dilupakan sama sekali kerana itulah kekuatan sesebuah negara di dunia ini.

show more

Share/Embed