Laksa Siam, pedas berlemak..betul sedap tak tipu.
Che Nom Che Nom
2.21M subscribers
94,290 views
2.1K

 Published On Jul 22, 2024

Assalamualaikum..special untuk semua peminat laksa, jom tengok Che Nom sediakan laksa yang berasal dari negara jiran iaitu Laksa lemak Thai. Sesiapa yang belum pernah makan ini lah masanya untuk cuba. Kelainan laksa ni adalah pada kuahnya tu yang pekat berlemak. Lebih kurang macam laksam tapi kuah ni bewarna kuning dan yang paling penting penggunaan daun selasih dan daun limau purut dalam kuah memang special sangat aroma nya.

Laksa lemak Thai biasanya dihidangkan dengan macam-macam jenis ulam-ulaman, jadi memang ianya menu yang sihat kerana tinggi fiber, tinggi protein dan ada macam-macam vitamin.
Mula-mula Che Nom tunjuk cara penyediaan yang terperinci untuk kuah laksa bermula dari proses rebus dan buat pes ikan, lepas tu penyediaan bahan-bahan kisar untuk kuah dan juga jenis2 santan yg boleh kita guna. Kemudian Che Nom tunjuk cara penyediaan laksa, kena guna jenis halus ye untuk laksa lemak Thai. Kita hidang lah dengan macam-macam jenis sayur &ulam. Siapa suka telur rebus boleh letak. Makan laksa ni confirm tambah bermangkuk-mangkuk, laksa halus tu yang buatkan bagi lebih sedap…cuba tau!

//Bahasa Melayu
-----------------------------
Bahan kuah laksa:
1 kilo ikan selayang atau kembung
1 pek laksa halus
3 keping asam gelugor**
1 biji bawang merah**
1 biji bawang putih**
Air tenggelam ikan**
Santan segar dari 1 biji kelapa parut
ATAU 2 kotak santan kecil
6-7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2-3 ketul kunyit
4 batang serai
1 sk biji lada hitam
10 tangkai cili api (lebihkan untuk pedas)
Belacan, saiz ibu jari
1 genggam daun selasih
5 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk perasa

Bahan untuk ulaman:
Kacang panjang
Daun laksa
Bunga kantan
Timun
Taugeh
Cili padi
Limau kasturi
Daun selasih

//English
-----------------------------
Laksa gravy ingredients:
1 kilo Sardine or Mackerel
1 pack thin laksa noodles
3 pieces dried tamarind**
1 shallot**
1 clove garlic**
Water up until the fish is covered**
Fresh coconut milk from 1 grated coconut
OR 2 small boxes coconut milk
6-7 shallots
3 cloves garlic
1 inch ginger
1 inch galangal
2-3 pieces turmeric
4 lemongrass sticks
1 tsp black pepper
10 stalks bird's eye chilies (add more for extra spice)
Fermented shrimp paste, thumb size
1 handful basil leaves
5 kaffir lime leaves
Salt and sugar to taste
Seasoning powder

Garnish ingredients:
Long bean
Vietnamese coriander
Torch ginger flower
Cucumber
Bean sprouts
Birds's eye chilli
Calamansi lime
Basil leaves

Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook
Jenama Kuali : https://chenom.my/kuali-yang-selalu-c...
Jenama Pisau: https://chenom.my/pisau-yang-che-nom-...
Model Blender: https://chenom.my/blender-yang-che-no...

#resepichenom

show more

Share/Embed