Nasi Ayam Gerenti Sedap Anti Gagal
Cik Suka Masak Cik Suka Masak
390 subscribers
2,008 views
30

 Published On Jun 12, 2024

NASI AYAM GERENTI SEDAP DAN ANTI GAGAL
Cara menyediaan dan memasak nasi ayam jamin sedap dan anti gagal
Nasi Ayam antara resepi yang sangat senang untuk dicuba. Masa penyediaanya tidak mengambil masa yang lama dan kos bahan-bahan sangat murah. Bagi yang berminat untuk berniaga sangat disarankan menu nasi ayam ini kerana pulangannya yang tinggi. Resepi nasi ayam ini saya CSM
Menggunakan beras basmathi parboil yang bebas kanji dan sangat sesuai dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis. Walau bagaimanapun kalau nak gunakan beras biasapun boleh. Bahan untuk sos pula CSM gantikan penggunaan gula dengan STEVIA dan kicapnya pula CSM gantikan dengan sos karemel pekat. Oleh itu untuk resepi nasi ayam CSM kali ini, CSM nyatakan juga bahan ganti agar Nasi Ayam CSM ini boleh dimakan oleh semua orang.

Bahan tumbuk halus
10 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan perap
2 1/2 sekor ayam
4 sudu besar sos tiram
1 bahagian Bahan tumbuk halus
4 sudu besar kicap manis
4 sudu besar kicap cair

Bahan untuk nasi ayam
5 cwn beras ( Guna beras basmathi parboil untuk pengidap Dibetic )
6 1/2 cawan air rebusan ayam
2 SB mentega @ Minyak Zaitun
1 batang kayu manis (saiz sederhana)
7biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
4 helai daun pandan
1 batang serai
Sedikit garam secukup rasa
1 sudu kecil serbuk kunyit

Bahan-bahan sos
10 biji cili merah
6 biji cili api
Bahan tumbuk halus
3 sudu besar cuka
Garam
Gula
1 senduk t air rebusan ayam

Bahan untuk kicap
1 senduk air lebihan perapan ayam
1 mangkuk kecil kicap manis
Sedikit air rebusan ayam

Bahan untuk sup
Lebihan air rebusan ayam
Tulang, kaki ayam (opsional))
1 sup bunjut
1 Sudu besar lada putih
Garam
Daun sup & Daun bawang
1 kiub ayam

Bahan untuk mengoreng ayam
Minyak untuk menggoreng
Ayam yang diperap
Sedikit madu atau ( 2 titik stevia + 1 sb mentega – panaskan dan kacau sebati )

Bahan-bahan sayuran
Tomato
Timun
Salad
Daun sup
Daun bawang

show more

Share/Embed