KETUPAT PANDAN Edisi Raya | Lemak & bau wangi semerbak 1 rumah ! How to make ketupat
ROZEK TV ROZEK TV
355K subscribers
1,469,730 views
0

 Published On Apr 13, 2023

Resepi ketupat pandan

Sediakan daun pandan
-50 helai daun pandan
Tips pemilihan daun pandan,ambik yang daun yang berwarna hijau tua,daun sedikit keras dan pilih yang lebar supaya ketupat pandan hasilnya besar.

Bahan-bahan
-1 kilo beras pulut (basuh bersih kemudian rendam dengan air selama 3 jam)
-1 sk garam
-2 sb gula putih
-3 biji kelapa (perah dan ambik santan pekat sahaja)
-1/2 cawan air putih

Cara masak beras pulut
-Masukkan beras pulut,garam,gula dan santan.Boleh tambah air jika santan tidak mencukupi.
-Pastikan sukatan cecair hanya menutupi beras pulut sahaja.takperlu letak cecair banyak-banyak
-Tanak beras pulut sehingga separuh masak ,tipsnya bile cecair dalam beras dah kering.Angkat ketepikan.Biarkan sejuk
-Balut /anyam pulut dengan daun pandan
-Sediakan periuk kukusan,kukus ketupat pandan sehingga masak.anggaran masa 15-20 minit

show more

Share/Embed