NASI LEMAK, Sambal Nasi Lemak Paling Sedap I Nasi Lemak Sambal Recipe, nasi lemak Malaysia
As Zulqa As Zulqa
19.9K subscribers
735,921 views
0

 Published On Jun 11, 2021

NASI LEMAK & Sambal Nasi Lemak Paling Sedap I Nasi Lemak Sambal Recipe, Malaysia.

Cara masak nasi lemak simple...walaupun simple, kena tahu teknik & step yang betul barulah nasi lemak tak lembik, berketul atau melekit. Paling penting sukatan nasi, air & santan kena betul barulah nasi lemak sedap. Kami kongsikan cara orang-orang lama masak nasi lemak hanya menggunakan sukatan jari. Petua nasi lemak sedap resepi orang lama, rahsianya hanya sukat menggunakan jari. Ya! guna jari je untuk sukat air & santan supaya nasi lemak menjadi...berderai-derai & sebutir-sebutir. Kemudian masak nasi lemak guna rice cooker.

NASI LEMAK KUKUK RESEPI klik    • NASI LEMAK KUKUS & SAMBAL PARU Nasi L...  

Cara masak nasi lemak yang kami kongsikan tidak ditambah minyak masak & garam supaya nasi lemak yang kita makan tu lebih sihat. Santan sahaja pun dah cukup berlemak kan. Tengok video sampai habis supaya ilmu ni dapat difahami sepenuhnya.

Bahan-bahan sambal nasi lemak ini ringkas, cuma memerlukan masa yang agak lama. Tapi amat berbaloi bila dah masak sambal nasi lemak ni, dimakan pula dengan nasi lemak yang panas-panas...dihidang atas daun pisang ditambah lagi dengan lauk pauk, ikan bilis, kacang tanah, telur rebus & timun. Aduh! terbayangkan keenakan & kesedapan sambal nasi lemak ni.

Bahan-bahan sambal nasi lemak kami tidak menggunakan belacan & udang kering, sebab ada orang alergik dengan belacan & udang kering. Resepi sambal nasi lemak kami juga sangat praktikal untuk orang Malaysia yang duduk luar negara hatta orang bukan Malaysia sekalipun yang baru nak belajar buat nasi lemak...tak perlu susahpayah cari belacan & udang kering. Selain bahan-bahan yang disenaraikan perlu juga ditambah satu lagi bahan...iaitu 'KESABARAN' namanya dalam memasak sambal nasi lemak untuk menghasilkan sambal yang cantik pecah minyak & tahan lama. Perlu pecah minyak sampai 3 kali barulah sambal tu betul-betul masak atau orang panggil masak garing. Warna sambal juga dah bertukar ke merah gelap....haaaa, dah cantiklah tu. Kami ambil masa sekurang-kurangnya 1 jam untuk hasilkan sambal nasi lemak seperti yang korang lihat hasilnya dalam video tu. Sambal nasi lemak tanpa ikan bilis @ sambal nasi lemak vegetarian sedap!

Nasi lemak yang dihidang atas daun pisang, aromanya lebih harum & rasanya lebih sedap. Waktu nasi lemak ni masih lagi panas cubalah hidangkan atas daun pisang, mesti semerbak aromanya satu rumah!

*BAHAN-BAHAN Nasi lemak paling sedap.
-4 pot beras (cuci bersih)
-2 pot santan
-air
-1 biji bawang merah (hiris mayang)
-1 inci halia (dimayang)

*CARA MASAK Nasi lemak simple dan sedap
1.cuci bersih beras
2.masukkan santan
3.masukkan bawang merah, halia & kacau sebati
4.masukkan air sampai ruas pertama jari telunjuk
(jika terlebih air boleh buang air & jika terkurang air boleh tambahkan air)
5.masak guna rice cooker

*BAHAN-BAHAN sambal nasi lemak paling sedap
-2 biji bawang merah besar (dihiris/ dimayang)
-asam jawa + air (pes asam jawa)
-3/4 blok gula melaka
-garam

*BAHAN KISAR sambal nasi lemak paling sedap
-20 tangkai cili kering (direbus dahulu)
-2 biji bwang merah besar
-5 ulas bawang putih
-1 inci halia

*CARA MEMASAK sambal nasi lemak paling sedap
1.panaskan minyak... minyak kena lebih supaya sambal betul-betul masak & cantik pecah minyak
2.tumis hirisan bawang merah (2 biji) hingga layu je..jangan sampai keperangan garing (hirisan bawang yang tak garing ni akan hancur dengan sendirinya sepanjang tempoh memasak...kalau bawang dah keperangan nanti susah hancur bawang tu).
3.dah naik bau tumisan bawang merah tadi terus masukkan kesemua bahan kisar
4.masak sambal hingga pecah kali pertama
5.masukkan air asam jawa
6.masukkan gula melaka & daun pandan (optional)
7.masukkan air
8.kacau sebati hingga pecah minyak kali ke-2 dan ke-3
9.tambah air & perasakan dengan garam

Minyak yang banyak hasil dari pecah minyak tu bolehlah dikaup letak dalam bekas lain. Minyak itu boleh diguna lain kali untuk memasak sambal, asam pedas, masak merah, tiga rasa atau sebarang masakan yang menggunakan cili kering.

Lebih TIPS & RAHSIA sambal nasi lemak paling sedap klik    • Rahsia & Cara Masak Sambal Nasi Lemak...  

#resepiviralnasilemak #sambalnasilemak #resepiviralsambalnasilemak #sambalnasilemakorangmeniaga #howtomakesambalnasilemakrecipe
#howtomakesambalnasilemak #howtomakenasilemak #howtomakesambal #resepiviral #nasilemakmalaysia #nasilemakbrunei #nasilemakindonesia #nasilemaksingapore
#cooking #ASMR #mukbang #viralvideos #trending #resepiviral #resepiviralmudahdansedap #howtocook, nasi lemak sambal做法, nasi lemak sambal recipe,streetfood #malaysiastreetfood #foodie #klfoodie #sambal
nasi lemak, sambal nasi lemak, resepi sambal nasi lemak
cara buat sambal nasi lemak
cara masak sambal nasi lemak
cooked rice
malaysia nasi lemak
sambal nasi lemak paling sedap
cara buat sambal
singapore nasi lemak
sauces
cookery
coconut rice
coconut rice recipe
malaysian cuisine
indonesian cuisine
malaysia nasi lemak
singapore nasi lemak
menu sarapan pagi
aszulqa
nasi lemak 1.0 2.0

show more

Share/Embed