Kuih Sagu Kelapa. Langkah Mudah Supaya Sagu Tidak Hancur Atau Mentah.
iCookAsia iCookAsia
344K subscribers
154,929 views
1.3K

 Published On May 15, 2020

Nampak mudah untuk membuat kuih sagu, namun sebenarnya ia cabaran yang besar kerana sagu mudah cair dan adakalanya, mentah di tengah. Ada pelbagai cara untuk memasak sagu sama ada merebus ataupun mengukus. Namun kuantiti air sewaktu mengukus harus dijaga, silap langkah, sagu dah jadi bubur.

Bahan :
1 cawan Sagu putih
2 ½ cawan Air
½ cawan Gula pasir (boleh tambah atau kurangkan ikut manis sendiri)
1 helai Daun pandan disimpul
1 sb Pati Sirap
1 cawan Kelapa parut
Sedikit Garam halus

Cara :
1. Didihkan air bersama gula dan daun pandan.
2. Setelah mendidih, masukkan biji sagu dan masukkan pati sirap dan masak sehingga sagu setengah masak. Kacau sagu sentiasa.
3. Tuangkan ke dalam bekas bersesuaian ikut ketebalan.
4. Panaskan pengukus dan kukus sagu tadi sehingga hilang bintik putih pada sagu lebih kurang 30 minit.
5. Angkat sagu dan biarkan sejuk, ketepikan.
6. Ambil kelapa dan gaulkan bersama garam.
7. Dan kukus selama 5 minit.
8. Salut sagu yang sudah sejuk bersama kelapa .
9. Sedia dihidang

Dapatkan barangan dapur di - https://shop.icookasia.com/

Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook:   / icookasia  
Instagram:   / icookasia  
Twitter:   / icookasia  
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]

show more

Share/Embed