Roti Angin || tahan kembung walaupun disimpan lama
masak makan masak makan
1.52K subscribers
145 views
3

 Published On Nov 16, 2023

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera semoga dalam keadaan sihat. Ditempat saya boleh dikata hari-hari hujan sekarang ni. Kalau ditempat anda pun sama bersama-sama kita jaga kesihatan dan keselamatan diri serta keluarga.
Kali ni saya kongsikan resepi roti yang mudah dibuat walaupun tanpa mixer. Hasilnya roti yang lembut dan tahan kembung bentuknya.

200g tepung roti
2g yis
2 sb gula
25g marjerin cair
½ sk garam
1 biji kuning telur
125g susu

Topping :
sosej (rebus dan keringkan terlebih dahulu)
sedikit susu
serbuk parsley

🙂 saya uli menggunakan tangan tapi jika nak guna mixer pun boleh
🙂 waktu uli memang kelihatan lembik macam tak jadi tapi jangan putus asa selepas doh direhatkan kali kedua adunan dah makin ok
🙂 uli keluarkan semua tenaga hi3 sampaila dapat doh yang lembut dan tak melekat
🙂 jangan tambah tepung ya sepanjang proses menguli
🙂 sukatan bahan ni memang elok-elok yang akan hasilkan roti yang gebu lembut dan tahan lama

.........................................................

Assalamualaikum everyone and greetings, I hope you are in good health. In my place it can be said that it is rainy days now. If you are in the same place, let's take care of the health and safety of ourselves and our families.
This time I share a bread recipe that is easy to make even without a mixer. The result is bread that is soft and resistant to swelling.

200g bread flour
2g of yeast
2 tablespoons of sugar
25g of melted margarine
½ tsp salt
1 egg yolk
125g of milk

Toppings:
sausage
a little milk
parsley powder

🙂 I knead by hand, but if you want to use a mixer, you can
🙂 when kneading, it looks flabby as if it's not, but don't despair, after the dough is rested the second time, the mixture will be ok
🙂 Knead until you get a soft and non-sticky dough
🙂 do not add flour during the kneading process
🙂 the measurement of this ingredient is really good which will produce bread that is fluffy, soft and long lasting

show more

Share/Embed