Tampi - Tampi, SEMPORNA 2021 [Vlog 20]
Kancil 8349 Kancil 8349
2.12K subscribers
4,993 views
0

 Published On Apr 22, 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat datang ke Channel Kancil 8349, channel yang biasa - biasa sahaja.

Tampi - Tampi Semporna 2021 vlog yang ke 20

Kali ini saya kongsikan video mengenai kawasan paling popular untuk mandi manda di daerah Semporna. Iaitu kawasan Kampung Tampi - Tampi. Kawasan ini sebenarnya tidak lah dikenali ramai. Namun selepas penggambaran Filem Duyung arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen yang telah ditayangkan di pawagam pada 6 Mac 2008. Ia juga diterbitkan oleh KRU Films dengan kerjasama Grand Brilliance Sdn. Bhd. dan Line Clear Motion Pictures. Dalam filem tersebut dibintangi oleh Saiful Apek sebagai seorang insan berhati mulia yang berkawan dengan seekor ikan duyung yang dilakonkan oleh Maya Karin.

Kawasan Kampung Tampi - Tampi ini telah dikenali ramai. Sehingga para penduduknya mengusahakan beberapa tempat percutian untuk para pelancong. Malah tempat ini juga pernah dijadikan penggambaraan video muzik. Antaranya video muzik yang paling popular ialah Mimpi kumpulan K - Clique bersama Alif.

Rakaman video ini saya ambil pada 01 hb April 2021 sebelum daerah Tawau diisytiharkan sebagai PKP pada 03 hb April 2021. Sebenarnya, kami selalu ke sini mandi. Bermula di Scuba Diving (Pertama sekali membuka tempat mandi) sehingga wujud beberapa tempat seperti Warisan dan Bintara. Dan kali ini adalah Resort Tampi - Tampi yang terletak di hujung kampung.

Kalau tidak silap dalam filem Duyung, kawasan ini adalah rumah Aspalela lakonan Yasmin Hani. Namun kawasan ini sudah berubah menjadi pusat pelancongan yang diusahakan sendiri oleh penduduk kampung. Sebenarnya, kawasan - kawasan mandi yang diusahakan adalah adik beradik di dalam Kampung Tampi - Tampi.

Setiba di kawasan kampung ini, tempat letak kenderaan dikenakan bayaran sebanyak RM 3.00 untuk sebuah kenderaan. Dan kita pilihlah yang mana satu kita suka seperti Warisan, Bintara atau Resort Tampi - Tampi. Dan tempat tersebut dikenakan juga bayaran. Ada yang RM 2.00 untuk sekepala dan ada juga RM 1.00.

Kebetulan pula kami tiba, air pasang. Dan memang menawarkan suasana yang cantik dan jernih. Puas hati datang berkunjung dan seterusnya mandi laut di sini. Semoga terhibur dengan video saya.

Tonton sampai habis dan jangan skip eya. Bagi yang pertama kali hadir ke channel saya, jangan lupa untuk tekan butang subscribe, like, komen dan kalau boleh share ke mana - mana media sosial kamu. Bagi yang telah subscribe dan sentiasa menyokong channel saya. Saya amat hargai dan terima kasih. Sokongan anda memberi semangat untuk terus membuat video - video baharu.

Terima kasih kerana sudi menonton.

Peralatan rakaman
Go Pro Max

#kancil8349
#semporna
#tampi- tampi
#2021
#jalanjalan
#kawasanmandilaut
#tempatpercutian

show more

Share/Embed