Pakalangan Bay, SEMPORNA
Kancil 8349 Kancil 8349
2.17K subscribers
759 views
107

 Published On Apr 25, 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat datang ke Channel Kancil 8349, channel yang biasa - biasa sahaja.

Kali ini saya kongsikan satu lagi tempat yang menarik di daerah Semporna, iaitu Pakalangan Bay, Semporna. Kawasan tumpuan ramai orang tidak kira pelancong tempatan mahupun luar dari daerah Semporna. Video ini dirakam pada 01 hb April 2021.

Pakalangan Bay terletak di muara Sungai Tagasan dan jarak dari Pekan Semporna lebih kurang 19 km. Dahulunya ia kawasan biasa dan tidak dikenali ramai. Namun setelah ada usaha meningkatkan kawasan ini sebagai pusat pelancongan. Tempat ini menjadi meriah.

Kita perlu melalui kawasan perkampungan untuk sampai ke sini. Jalannya agak sempit bagi kenderaan yang besar. Jadi, dicadangkan berhati - hati melalui kawasan perkampungan orang.

Apa yang menarik di tempat ini, ada tempat mandi dan beristirehat pada hujung minggu. Tidak hairanlah, warga dari KK sanggup datang ke sini untuk menikmati pemandangan kawasan Pakalangan.

Bagi siapa yang biasa menonton Channel Arif Fishing, channel yang menceritakan beliau menangkap pelbagai jenis ikan di perairan Semporna. Salah satu spotnya ada ditunjuk di dalam video saya. Iaitu di Muara Sungai Tagasan.

Bagi yang pertama kali hadir ke channel saya, jangan lupa untuk tekan butang subscribe, like, komen dan kalau boleh share di mana - mana media sosial kamu. Yang mereka yang sentiasa menyokong dan menonton video saya, kalian adalah hebat dan saya ucapkan beribu terima kasih.

Terima kasih kerana sudi menonton video saya.

Peralatan rakaman
Go Pro Max

#kancil8349
#pakalangan bay
#semporna
#daerahsemporna
#cuti-cutimalaysia
#tempatmenarik

show more

Share/Embed