15 TEMPAT MENARIK DI DAERAH KOTA SETAR | KEDAH DARUL AMAN | 2021
NFB Knowledge Tv NFB Knowledge Tv
640 subscribers
14,565 views
128

 Published On Jun 24, 2021

TEMPAT MENARIK DI KEDAH (KOTA SETAR)
DAERAH KOTA SETAR
Kota Setar ialah daerah yang paling membangun di Kedah. Tempat-tempat menarik untuk dilawati kebanyakannya terletak berhampiran pusat bandar dan mudah dicari.

1. Menara Alor Setar
Menara setinggi 165.5 meter ini merupakan salah satu tempat menarik di Kedah yang menjadi tumpuan pelancong. Ia dikelilingi taman dengan lanskap yang menarik. Pengunjung boleh menaiki menara ini untuk melihat pemandangan Bandaraya Alor Setar dari atas.
https://menaraalorsetar.com.my/en/

2. Muzium Padi
Muzium ini mempamerkan kegiatan penanaman and penuaian padi di negeri Kedah. Berbagai peralatan tradisional yang digunakan dalam proses bersawah turut dipamerkan di ruangan galeri. Selain itu terdapat juga pameran kebudayaan seperti permainan kampung tradisi, membuat dan bermain layang-layang serta permainan gasing.
https://www.muziumkedah.gov.my/index....

3. Rumah kelahiran Mahathir Mohamad
Ia dibina dari kayu dan beratapkan nipah. Pengunjung dapat melihat gambar-gambar beliau semasa remaja, barang-barang lama dan perabot rumah yang dipelihara seperti keadaan asalnya oleh Arkib Negara.

4. Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara
Pusat Sains Negara Wilayah Utara terletak di Gunung Kerian, Alor Setar. Pusat sains ini sesuai untuk dilawati bersama anak-anak bagi mendedahkan mereka kepada perkara-perkara berkenaan sains, teknologi dan inovasi terkini.
http://www.psn.gov.my/brosur-pusat-sa...

5. Rumah Merdeka
Rumah Merdeka pernah didiami oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Pelbagai sejarah berlaku di rumah ini termasuk lokasi berlangsungnya pertemuan muhibbah yang menamatkan konfrantasi Malaysia-Indonesia pada tahun 1966.

6. MASJID ZAHIR
Masjid Zahir merupakan Masjid Negeri dan juga Masjid Diraja Kedah. Ia dibina pada tahun 1912 dan dirasmikan pada tahun 1915 oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Masjid ini merupakan salah satu masjid yang mempunyai seni rekabentuk tercantik di Malaysia.

7. Galeri Sultan Abdul Halim
Galeri yang menyimpan hampir 2,000 barangan koleksi peribadi Sultan Kedah. Antara lain yang terdapat di galeri ini ialah carta yang menunjukkan susur galur keluarga DiRaja Kedah bermula dari tahun 1136.

8. Balai Seni Negeri
Galeri ini menyimpan berbagai hasil seni daripada karya anak-anak tempatan dan juga luar dari negeri Kedah. Pameran meliputi hasil seni lukis, seni ukiran kayu dan seni khat yang cukup menarik. Bangunan galeri dengan rekabentuk unik ini dibina pada tahun 1912 dipengaruhi oleh senibina Roman.
https://www.muziumkedah.gov.my/index....

9. Muzium Negeri Kedah
Ia menempatkan dewan pameran, bengkel, perpustakaan dan mini teater. Sebanyak 10 galeri pameran tetap dibuka untuk orang-ramai iaitu Dewan Kebudayaan, Dewan Sejarah, Dewan Seni Kraf, Dewan Tekstil, Dewan Manuskrip dan Sudut Bahasa dan Sastera.
https://www.muziumkedah.gov.my/

10. Kota Kuala Kedah
Kota pertahanan ini dibina pada tahun 1771 dan siap pada tahun 1780 semasa pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa. Kota ini merupakan salah satu tempat bersejarah di Kedah yang dipulihara oleh Jabatan Muzium Malaysia. Antara yang menarik dapat dilihat disini ialah meriam lama, rumah api dan pintu gerbang Kota Kuala Kedah.

11. GUNUNG KERIANG
Gunung Keriang ini tersergam setinggi 217.92 meter di tengah-tengah jelapang padi di Kedah. Ia merupakan bukit batu kapur purba yang berasal sejak zaman Permian. Gunung Keriang kaya dengan keindahan alam ciptaan tuhan dan terdapat taman rekreasi yang indah sesuai kepada mereka yang ingin merehatkan diri setelah penat bekerja.

12. TAMAN JUBLI EMAS
Ia dibina sempena meraikan sambutan Jubli Emas Sultan Kedah ke-27, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan dirasmikan oleh baginda pada 9 September 2008. Selain jogging dan memberi ikan makan, aktiviti lain yang boleh anda lakukan di sini adalah seperti bermain layang-layang, bermain skateboard, atau menunggang kuda.

13. MASJID AL-BUKHARY
Rekaan masjid ini dikatakan dipengaruhi oleh seni bina Turki dan juga Iran. Manakala minaretnya pula adalah dipengaruhi oleh seni bina Mesir dan Madinah. Berkeluasan 4.96 ekar, masjid yang dibina di bawah Albukhary Foundation ini dapat menampung jumlah jemaah yang besar iaitu mencecah sehingga 15,000 orang pada satu-satu masa.

14. PEKAN RABU
Hanyalah 100 meter dari Menara Alor Setar. Di sini, anda bakal menemui makanan seperti kuih bahulu, dodol durian, ikan pekasam, kuah rojak dan sebagainya, hidangan panas juga turut terdapat di sini. Selain makanan, barangan lain juga turut diniagakan seperti pakaian dan ubat-ubatan.

15. UPTOWN STADIUM DARUL AMAN
Di sini, terdapat lebih daripada 100 buah gerai dengan jualan barangan seperti pakaian, kosmetik, kasut, jersey, merch dan macam-macam lagi. Tapi tarikan sebenar di sini adalah kerana betapa banyaknya pilihan makanan yang ada.

show more

Share/Embed